SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 4 September 2012


MEST BACA....(INGATAN KEMBALI) LUAHAN PENYOKONG PAS KESAL : SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA UNTUK USTAZ NASHA..!!!



Assalammualaikum,

Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang 
juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan
 dirahmati oleh Allah Swt.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya
 terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan
 apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar
 ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai 
agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan 
perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak
 terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini 
semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh 
kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.


Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan 
merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. 
Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak
 usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang
 saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan
 saya selaku ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga
 telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi 
memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung 
di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.
Namun tiada perkara yag boleh menggoyahkan sokongan saya
 sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. 
Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat 
sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen
 seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan
 akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika 
Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. 
Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan 
menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara 
yang memeranjatkan pulak berlaku.

Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia 
berjuang di jalan Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan 
memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat
 politik kita, dap. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk
 mengadap kamu nanti.

Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, 
yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini),
 di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama karpal singh. 
Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan
 harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan
 jutaan ummat Islam lain kononnya dap telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah 
saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi 
pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. 
Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita 
perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan
 saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini.
 Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan
 tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. 
Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz
 turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti
 jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan 
kepercayaan terhadap perjuangan pas ini namun saya lah yang 
sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran
 saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap 
kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga 
menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat
 meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah 
semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati
 saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam
 di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi 
lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam
 dan perpaduan ummah berbanding pas.

Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga 
berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya
 sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan 
duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Asalammualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan