SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 6 September 2012


Elak Perjalanan Jauh, KP1M Tukar Laluan Ke Pelabuhan Sittwe, Myanmar


Misi Bantuan Etnik Rohingya di Myanmar oleh Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) akan menggunakan laluan baru yang dianggap lebih kurang risiko daripada apa yang dirancang sebelum ini.
Presiden KP1M, Datuk Abdul Azezz Abdul Rahim, berkata, sebelum ini akan berlepas ke Pelabuhan Chittagong dan selebih baki peserta akan berlepas ke Bangladesh dengan menaiki kapal terbang.
“Kita akan menggunakan laluan baru di mana sukarelawan misi bantuan ini akan berlepas di Pelabuhan Klang dan berhenti di Sittwe, Myanmar.
“Setakat ini, KP1M telah menghantar surat kebenaran untuk mendapatkan kelulusan memasuki Pelabuhan Sittwe di Myanmar melalui pihak Wisma Putra dan Kementerian Luar Negara,” katanya.
Abdul Azeez menambah, pelepasan 38 orang sukarelawan ke Sittwe, Myanmar hanya menunggu lampu hijau sahaja.
Bagaimanapun katanya, kelulusan itu adalah tertakluk dengan kebenaran daripada kerajaan Myanmar yang sedang diuruskan oleh pihak Wisma Putra.
Dalam pada itu, Abdul Azeez memberitahu, hampir 480 tan barang-barang bantuan akan disalurkan dalam misi bantuan tersebut yang dihantar menggunakan kapal TLDM.
“Sukarelawan yang terdiri daripada para doktor pakar dari hospital kerajaan dan swasta serta wakil media akan mengikuti misi kali ini.
“Antara barangan bantuan yang kita bawa termasuk makanan dan minuman, ubat-ubatan, pakaian, selimut, Al-Quran dan kain kapan,” katanya ketika melancarkan Misi Bantuan Mangsa Rohingya ke Myanmar, petang tadi.
Pssst... AKjr. mengucapkan syabas dan tahniah kepada KP1M dan seluruh ahli sukarelawan yang diketuai oleh Datuk Abdul Azezz Abdul Rahim.. Kepada puak2 PR/ PEMBANGKANG AKjr. nk tanya skit ni.. ANGPA ADA??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan