SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 20 September 2012

LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP @ngehkooham DIBUAT DI IPOH PERAK...

LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP @ngehkooham DIBUAT DI IPOH PERAK...



Ketua Wira PERKASA Malaysia bersama dengan 20 NGO lain meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang memperlekeh tindakan umat Islam membantah serta menentang filem anti-Islam ‘Innocence of Muslims’.

Beliau berkata perbuatan Ngeh mempersoal tindakan membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu, mempamerkan sikap biadap pemimpin pembangkang tersebut, selain mencabar sensitiviti kaum dan perasaan umat Islam di negara ini.





“Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta pihak Peguam Negara, menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas Anggota Dewan Undangan Negeri Sitiawan itu.

“Mengapa beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikan menerusi laman twitternya?,” katanya kepada wartawan hari ini.




Irwan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ngeh yang mengeluarkan kenyataan ‘Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?’ dalam laman twitternya.

Filem arahan Sam Bacile, 52, dari California itu, yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia selepas disiarkan dalam laman YouTube.

Irwan berkata tindakan tegas itu bukan sekadar untuk memberi pengajaran kepada Ngeh tetapi juga sebagai peringatan kepada setiap individu di negara ini agar tidak mempermainkan isu agama kerana ia merupakan perkara yang sensitif di kalangan rakyat negara ini.

“Kalau dia seorang warganegara sejati, dia tidak memperlekehkan perasaan umat Islam yang mengecam filem itu dan tindakan pihak tertentu yang menghina Nabi Muhammad SAW.

“Dalam hal ini juga, saya turut mendesak pendirian kepimpinan PAS berhubung kenyataan pemimpin DAP itu,” katanya.– 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan