PANAS ! Bapa pelajar percaya anaknya dipergunakan !!
"Mewakili anak saya, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perlakuan anak saya itu," demikian rayuan A Rahman Abdullah, 53, bapa kepada salah seorang pelajar kolej swasta yang diambil keterangannya oleh polis berhubung kejadian menayang punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
Menurut A Rahman, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan anaknya dan masih terkejut dengan apa yang telah berlaku. "Saya terkejut sewaktu mendapat perkhabaran ini. Setahu saya, anak saya langsung tidak terlibat dalam mana-mana parti politik serta tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin.
"Bagaimanapun saya percaya dia terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya atau mungkin dipergunakan pihak tertentu.
Sepatutnya dia lebih menumpukan masanya pada pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam. Menurut A Rahman, pihak polis juga telah memaklumkan yang anaknya dibebaskan kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Sehubungan itu, dia turut menasihatkan anak muda lain agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam mahupun masa depan sendiri. "Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," katanya.
Inilah dalang penghasut & pencetus kebiaDAPan & kurang ajar di malam Merdeka ini. Mereka berbohong kononnya perhimpunan ini aman dan hanya untuk sambut kemerdekaan ,tetapi hakikatnya mereka ambil kesempatan untuk menuka bendera Jalur Gemilang dan berkelakuan seperti tidak bertamadun .
Terima kasih kepada kepada bapa pelajar ini kerana tidak menyokong perbuatan biadap anaknya. Ini kerana ada sesetengah ibubapa ini menyebelahi anaknya kerana mereka pun penyokong tegar PR .
Cuma yang GPB terkilan mengapa pelajar biadap ini tak memohon maaf dan bapanya pulak terpaksa bercakap mewakilinya. Adakah pelajar ini masih lagi keras kepala melawan seperti mana ikon mahasiswa kurang ajar Pakatan iaitu Adam Adli ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan