SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 6 September 2012


Persiapan Misi Kemanusiaan KP1M Ke Myanmar Berjalan Lancar



Bekalan barangan makanan dan perubatan yang dianggarkan seberat 480 tan dijangka tiba di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh pada 9 September nanti sebelum diagih-agihkan kepada pelarian etnik Rohingya di beberapa kem pelarian yang telah dikenalpasti oleh Kelab Putera 1Malaysia.
Presiden KP1M, Datuk Abdul Azezz Abdul Rahim, berkata setakat ini, persiapan yang dijalankan berjalan lancar hasil sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak di negara ini.
“Hari ini, kita menganjurkan kursus kepada sukarelawan, para doktor petugas media yang bakal menyertai misi kemanusiaan di Myanmar,” katanya kepada Peraktoday, hari ini.
Beliau berkata, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu akan berlepas ke Pelabuhan Chittagong dari Pelabuhan Klang jam 4 petang esok.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Azeez berkata, hanya 15 sukarelawan ada berada di atas kapal berkenaan manakala baki peserta akan berlepas ke Bangladesh pada 5 atau 6 September nanti dengan menaiki kapal terbang.
Sementara itu, rakyat Malaysia katanya, tanpa mengira agama dan kaum tampil menghulurkan sumbangan bagi menjayakan misi kemanusiaan membantu etnik Rohingya yang ditindas selain diancam kebuluran.
Sebelum ini, Perak Today melaporkan baju kalis peluru akan dibekalkan kepada sukarelawan yang bakal mengikuti Misi Kemanusiaan Bantu Etnik Rohingya anjuran KP1M bagi mengelak kejadian yang berlaku di Somalia berulang kembali.
Baju kalis peluru itu bagaimanapun hanya akan dibekalkan kepada sukarelawan yang memasuki kawasan hitam dan merbahaya sahaja dimana ia dianggap boleh merisiko nyawa peserta tersebut.
Sebaliknya sukarelawan yang ditempatkan di kem-kem yang dianggap selamat tidak akan dibekalkan baju kalis peluru.
“Kita akan tingkatkan aspek keselamatan sukarelawan yang mengikuti misi ini sebab kita tidak mahu sejarah hitam yang berlaku di Somalia berlaku lagi,” katanya.
Selain itu, satu pasukan peninjau dalam misi itu telah berlepas ke Myanmar bagi mendapatkan maklumat, selain mengetahui keadaan kem-kem di sempadan negara itu dengan Bangladesh.
Sejak enam bulan lalu, etnik Rohingya yang beragama Islam menghadapi pelbagai masalah termasuklah ditindas dan terbaru, diancam kebuluran.
Sehubungan itu, kelab berkenaan telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan dan perubatan terutamanya kepada golongan orang tua, kanak-kanak dan wanita.
Pssst... AKjr. mengucapkan syabas dan tahniah kepada KP1M dan seluruh ahli sukarelawan yang diketuai oleh Datuk Abdul Azezz Abdul Rahim.. Kepada puak2 PR/ PEMBANGKANG AKjr. nk tanya skit ni.. ANGPA ADA??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan