WAJIB BACA!! YDP PAS PERLIS TARIK DIRI BERTANDING #PRU13 KERANA KERETA MEWAH..
DUNIA YDP PAS PERLIS
Pesuruhjaya
Pas Perlis, Ust Hashim Jasin tidak bertanding kali ini.Beliau
mengumumkan penarikan diri dari bertanding pada PRU 13 semasa berceramah
Jelajah Merdeka Rakyat Perlis malam tadi.
"Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya menarik diri dari bertanding pada PRU13" kata Ustaz Hashim Jasin. Dengan nada merendah diri Ustaz Hasim berkata beliau memohon maaf kepada semua penyokong baik kawan atau lawan kerana sebagai manusia beliau tak lari dari melakukan kesilapan. Adakah termasuk membeli kereta mewah di atas satu kesilapan? Komen Rafizi pasal AP
Wajarkah
anaknya sebagai seorang Ahli Perniagaan menggunakan hak bapanya sebagai
Wakil Rakyat yang dilantik oleh Rakyat untuk membeli kereta mewah untuk
dirinya sendiri, yang bukan dilantik oleh Rakyat? Apakah boleh CTS
katakan seorang Wakil Rakyat PAS telah menyalahgunakan hak dan
keistimewaan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan kroni dan
keluarganya? CTS pertikaikan ini sebab pemimpin-pemimpin Pakatan Haram
setiap hari melaungkan mengenai ketelusan dan tidak salah guna kuasa dan
keistimewaan. Puak-puak ni siang malam dok bantai Kerajaan pasal AP.
Apabila dapat untuk diri sendiri, rembat juga. Bagi anak pulak tu!
Kedua, betulkah harga kereta tersebut hanya berjumlah RM100,000 lebih sahaja? Diskaun cukai untuk Permit Import (AP) hanyalah RM60,000 sahaja. Rujuk kembali kenyataan Rafizi Ramli yang pernah membuat ananlisa isu AP ini. Mengikut tinjauan CTS mengenai harga "recond" Porsche Cayman bagi tahun 2007 adalah sekitar RM218-RM230 rribu manakala bagi tahun 2009 adalah sekitar harga RM280-320. Selepas campur tolak darab bahagi dan selepas ditolak diskaun AP sebanyak RM60 ribu, mana datangnya harga belian Porsche Cayman yang dibeli untuk anaknya berharga RM100 ribu? Kita mengesa Ustaz Hashim Jasin untuk menunjukkan kepada Rakyat resit pembelian. Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/01/adun-pas-sanglang-akui-guna-ap-khas.html#WdkoB0pdCXFitPXu.99 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan