SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 11 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13: Tuk Mun Akan Bertanding Menentang Nik Aziz??

PANAS TERIK!! #PRU13: Tuk Mun Akan Bertanding Menentang Nik Aziz??





Keinginan seorang warga emas untuk menjadi YB bakal direalisasikan pada 20 Apr ini iaitu pada hari penamaan calon. Maimun Yusof atau Tuk Mun, 94 akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu atas tiket bebas.

Apa yang menariknya, aura Tuk Mun ini telah menyebabkan Mat Sabu Menyembah bumi ditangan calon BN. 

Tuk Mun yang memang menyampah dengan Mat Sabu sengaja menawarkan diri bertanding pada 2008, dengan alasan tidak sanggup berwakil rakyatkan seorang KAKI MAKSIAT. Justeru peranan Tuk Mun adalah sebagai pemecah undi Mat Sabu.

Walaupun ada suara-suara sumbang terutamanya dari blog pembangkang (Suara Pakatan Rakyat) yang mengatakan Tuk Mun wajar menunggu kematiannya, namun pada penulis Tuk Mun adalah seorang pejuang yang ikhlas dan mulia.

Tua bukan penghalang seseorang itu berkecimpung dalam politik asalkan waras dan siuman. Tak guna umur muda tapi percakapan macam orang tak ada agama dan gila.

Kita lihat perbandingan 2 orang tua ini iaitu Tuk Mun dan Nik Aziz. Walaupun Nik Aziz lebih muda dari Tuk Mun, tapi seringkali mengeluarkan kata-kata yang tak masuk akal. Kata-kata yang sepatutnya bukan dituturkan oleh seorang yang menggelarkan dirinya ulama. Kata Islam, tapi menilai orang lain dari kaca mata sendiri. Penilaian yang penuh dengan dendam kesumat dan berat sebelah. 

Orang Umno yang berkiblatkan sama seperti orang Pas dikatakan solatnya tak dapat pahala. Pemimpin-pemimpin Pas yang berzina pula dimaafkan begitu sahaja dan restui. Nik Aziz seolah-olah menjadikan urusan pahala, dosa, syurga dan neraka dalam tangannya. Dia akan tetapkan apa yang layak bagi seseorang itu berlandaskan hawa nafsunya semata. Tidak lagi menilai dari sudut Islam.

Berbeza dengan Tuk Mun, walaupun tua dari Nik Aziz, tapi dia sedar urusan pahala dan dosa bukan haknya untuk berbicara. Jauh lagi urusan syurga dan neraka. Apa yang Tuk Mun tahu, hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Tak mungkin bertukar antara keduanya.

Tuk Mun juga sedar bahawa pencalonannya sekadar ingin berbakti kepada masyarakat. Dengan sisa-sisa umur yang ada, beliau percaya jika ikhlas, jasa dan sumbangan kita kepada masyarakat, ada ganjarannya disisi Allah. Sebaik-baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Bukan hendak mempopularkan Tuk Mun, sekadar membandingkan dua watak tua dalam pilihan raya nanti. Jadi nilai sendiri siapa yang lebih mulia, Tuk Mun atau Nik Aziz?

1 ulasan:

  1. Go Tok Mun!!! Go!!!! Ajar bebudak beringus tu macam mana nak jadi pemimpin.

    BalasPadam