INFO @ AKJr : PM @NajibRazak Ucap Tahniah Atas Kelahiran Insan Baru Lee Chong Wei dan Mew Choo
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan isteri, Datin Wong Mew Choo atas kelahiran bayi lelaki mereka se malam.
"Tahniah kepada Lee Chong Wei dan isteri yang mendapat anak lelaki yang sihat,” kata Najib dalam Tweeternya malam tadi.
Mew Choo melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Kings ton Lee seberat 3.5 kg di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, di sini pada pukul 1.30 petang.
Nama Kingston Dipilih Sendiri Oleh Mew Choo
Wong Mew Choo telah selamat melahirkan anak sulungnya dan Lee Chong Wei di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini dan diberi nama Kingston Lee.
Ketika menjelaskan mengapa nama Kingston menjadi pilihannya, Chong Wei mengakui, dia sebenarnya tidak tahu apakah makna di sebalik nama tersebut.
“Saya serahkan kepada isteri untuk memilih nama anak sulung kami. Dia ada senaraikan dua, tiga nama, tetapi daripada semua nama yang disebut, Kingston terus melekat di hati kami. Nama itu sedap didengar.
“Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu,” ujar Chong Wei lagi, yang turut melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital.
Bagaimanapun Chong Wei berkata, dia dan isteri masih belum memilih nama Cina untuk anak sulung mereka kerana menurut kepercayaan kaum Tionghua tidak elok memberi nama kepada anak yang belum lahir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan