WAJIB BACA!! ISU KALIMAH ALLAH : ZULKIFLI CABAR KHALID NYATAKAN PENDIRIAN SEBELUM #PRU13 !!
SHAH ALAM 27 April- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Khalid Abdul Samad dari Pas untuk menyatakan pendiriannya berhubung desakan DAP agar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.
Menurut Zulkifli, Khalid diminta membuat kenyataan terbuka kepada penduduk Shah Alam sama ada dia menyokong kenyataan awal pimpinan Pas yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab tersebut atau menyokong keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang tidak membenarkan penggunaannya.
"Saya cabar Khalid Abdul Samad untuk menyatakan pendirian beliau sama ada menyokong keputusan pimpinan awal Pas yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu atau akur kepada keputusan melarang penggunaannya oleh Majlis Syura Ulama Pas yang diputus kemudian.
"Keputusan awal tersebut disokong oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan disediakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Justeru rakyat berhak tahu adakah Khalid masih kekal menyokong keputusan tersebut atau keputusan melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab tersebut oleh Majlis Syura," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan pagi bersama penduduk Seksyen 8 di rumah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Desa di Seksyen 8 di sini hari ini.
Zulkifli berkata, masyarakat Shah Alam perlu kenal dengan pemimpin mereka yang dilihat gemar melahirkan komen yang dilihat seperti memperlekeh agama dan pihak yang tidak sehaluan dengannya.
Mengulas sikap Khalid yang suka menyerang peribadi dan memperlekeh beliau, Zulkifli menganggap Khalid pemimpin yang tidak pandai menilai orang lain dan hanya merasakan 'dia bagus.'
"Saya nasihatkan dia (Khalid) jangan amalkan politik menyerang peribadi kerana masyarakat Shah Alam sudah boleh menilai segala tindak-tanduknya.
"Desas-desus yang saya dengar, beliau mengatakan saya tak mahu bersalam dengan dia semasa kami bertembung dalam suatu kempen, sedangkan dia yang tidak mahu bersalam, hentikanlah politik macam budak-budak," ujarnya.
Beliau menambah, ada orang memberitahunya dalam ceramah Khalid mengatakan beliau hanyalah peguam biasa yang cuma pandai menarik beg dan menumpang kehebatan peguam lain dalam pasukan guaman Anwar.
Jelas Zulkifli, jika beliau bukan peguam yang hebat, mengapa beliau menjadi peguam Anwar selama 10 tahun dan Anwar tetap mengharapkan dirinya sedangkan peguam lain semuanya sudah berundur dari mewakilinya.
Pendirian KS dlm isu Kalimah telah diketahui umum. Saya hanya mengharap sahabat sahabat dan saudara saudara seagama saya yg sealiran dan sependirian dgnnya sempat sedar, menginsafi diri dan bertaubat. Semoga dibuka pintu hati utk melihat dan mengikuti jalan kebenaran.
BalasPadam"...sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yg besar." Luqman 13.