SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 11 April 2013

INFO @ AKjr : #PenipuRakyat Terdesak - Guna Blog #UMB Palsu Untuk Raih Sokongan #GE13 & #PRU13

INFO @ AKjr : #PenipuRakyat Terdesak - Guna Blog #UMB Palsu Untuk Raih Sokongan #GE13 & #PRU13



Penipu Rakyat nampaknya begitu terdesak untuk meraih kepercayaan pengguna media baru yang majoritinya pengundi muda sehingga sanggup menggunakan taktik kotor iaitu menggunakan laman blog mirip Unit Media Baru Pemuda UMNO.

Blog palsu - http://umb-ppum.blogspot.com mengeluarkan satu artikel iaitu senarai nama calon BN yang digugurkan dan tindakan ini sekaligus memberikan persepsi kononnya laporan tersebut dikeluarkan oleh sebuah entiti Pemuda UMNO.

Nampaknya percubaan pembangkang hampir berjaya kerana ramai di antara pembaca malah pemimpin BN juga menganggap blog di atas adalah blog rasmi milik UMB.

Sebenarnya blog rasmi milik UMB menggunakan url http://umbppum.blogspot.com sebagaimana di bawah :



Tindakan ini dilihat satu percubaan untuk menghakis kepercayaan jentera-jentera parti kepada UMB selain menyebarkan dakyah songsang pembangkang secara perlahan-lahan.

Mana mungkin blog UMB tidak menyiarkan cerita mengenai manifesto?

Cuba lihat tajuk-tajuk artikel di laman - umb-ppum.blogspot.com 21 Januari menyiarkan cerita mengenai RCI yang ditulis oleh saya sendiri. Selepas itu blog tersebut menyepi sebelum menyiarkan semula artikel mengenai pemuda jatuh bangunan pada 11 April.



Bodohnya pembangkang sebab menyiarkan artikel mengenai pemuda jatuh bangunan dan mengenai calon BN pada 11 April secara serentak!

Walhal sejak melancarkan manifesto kebanyakkan blog UMB menyiarkan dan memberi penerangan mengenai dasar manifesto BN, bukannya cerita mengenai calon.

Takkan ini pun you all percaya?

Jangan jadi bongok!

4 artikel pada tarikh yang sama dalam jarak masa tak sampai dua jam setiap artikel?

Blogger gila mana yang buat entri sampai macam tu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan