SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 13 April 2013

WAJIB BACA #PRU13 Bekas Adun Bebas Behrang Bertanding Tiket BN?

WAJIB BACA #PRU13 Bekas Adun Bebas Behrang Bertanding Tiket BN?



Salah seorang individu yang memainkan peranan penting dalam meruntuhkan kerajaan DAP di Perak, Jamaluddin Mohd Radzi, bekas Adun Bebas Behrang berhasrat mempertahankan kerusinya (Behrang) dalam PRU 13.

Maklumat yang baru di terima mengatakan beliau akan membeli borang pencalonan Jumaat ini dan kemudiannya akan diikuti dengan satu sidang media. Atas tiket apa beliau akan bertanding belum dapat di pastikan lagi.

Tidak mustahil beliau akan bertanding atas tiket BN sepertimana yang diumumkan PM tengahari tadi yang menyatakan kemungkinan BN membenarkan bekas wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan bertanding semula atas tiket BN.

Pandangan saya , kalau Jamal ini saya sokong. Sebab apa ? Selain pengorbanan besarnya sanggup meninggalkan jawatan exco dan pelbagai jawatan lain semata-mata tidak tahan dengan kerakusan DAP di Perak selama 11 bulan, beliau juga seorang wakil rakyat yang bekerja.

Sebelum ini dah banyak kali saya mendengar bahawa beliau memang orang yang bekerja dan menjaga kawasannya. Sekiranya BN mencalonkan beliau kembali, saya rasa tidak ada masalah.



Bila bercakap pasal Jamal tiba-tiba fikiran ini teringat kembali bagaimana keadaan di Perak tahun 2008 ketika DAP berkuasa. Mesyuarat exco dalam bahasa mereka, beri tanah 999 tahun kepada suku sakat komunis di kampung-kampung baru dan macam-macam lagi.

Kerana tidak tahan dan sedih melihat hak-hak bumiputra di Perak semakin hari semakin terancam, Jamal dan rakan-rakannya sanggup melepaskan jawatan-jawatan penting yang mereka pegang yang mendatangkan gaji puluhan ribu sebulan untuk menyelamatkan hak-hak melayu di Perak.

Bukan benda senang beb....dengan jawatan exco, dengan kereta, dengan pemandu, dengan macam-macam kemudahan yang dapat dinikmati, beliau sanggup lepaskan dan hilang semua itu demi pengorbanan kepada bangsa dan negeri.

Orang lain sanggup buat apa sahaja untuk dapat jawatan dan kemudahan walaupun terpaksa menggadaikan bangsa sendiri. Tetapi mereka pula sanggup tinggal jawatan dan kemudahan demi kerana bangsa. Besar pengorbanan tu....

Oleh yang demikian orang-orang Perak perlu jadikan pengalaman lalu sebagai satu pengajaran yang berguna. Berfikir secara waras sebelum memangkah. Bukannya menyesal selepas pangkah. Waktu itu menangis air mata darah pun dah tak guna kerana Ngeh dan Nga sudah kembali berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan