PANAS TERIK!! #PRU13 T'ganu, Perak, Johor, Melaka Antara Negeri Yang Disebut2 Bakal Bertukar MB
Demam pilihan raya makin panas....
Cakap-cakap mengenai pembubaran parlimen dah selesai...
Cakap-cakap mengenai manisfesto sudah semakin perlahan....
Kini cakap-cakap siapa yang dicalonkan, siapa kekal dan siapa gugur pula mengambil tempat....
Setakat ini di kem BN calon yang telah disahkan hanya 3 kerusi sahaja.
1- Datuk Seri Najib - Pekan
2- Tan Sri Muhyiddin - Pagoh
3- Tengku Adnan - Putrajaya
Untuk negeri pula, Johor dikhabarkan bakal mendapat MB baru. Walaupun ada beberapa nama yang disebut-sebut , tetapi difahamkan calon yang dijangka menjadi pilihan adalah bekas Timbalan Menteri Belia, Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Di negeri sembilan juga ada kedengaran Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin akan bertanding di kerusi DUN dan bakal dilantik sebagai MB Negeri Sembilan yang baru.
Kalau itu jadi kenyataan, maknanya dua pemimpin utama Pemuda Umno akan bergelar MB selepas ini jika BN kekal memerintah negeri tersebut.
Melaka pun bakal dapat KM baru. Siapa belum pasti lagi...
Di Terengganu pula desas-desus mengatakan MB, Datuk Seri Ahmad Said tidak dicalonkan telah kedengaran sejak seminggu lepas. Bagaimanapun Datuk Seri Ahmad Said telah menafikan perkara itu. Dalam banyak-banyak negeri di Malaysia di Terengganu adalah yang paling kuat gosip kedengaran. Macam-macam cerita dari Terengganu....
Gosip-gosip yang tersebar mengatakan seorang muka baru, yang juga seorang ahli perniagaan dari Hulu Terengganu, HA Zakry akan diletakkan bertanding di Dun Kuala Berang dan bakal dilantik sebagai MB Terengganu. Mengikut maklumat penduduk setempat, HA Zakry kini setiap hari giat pergi ke segenap kawasan dalam Dun berkenaan memperkenalkan dirinya dan menyatakan kepada orang ramai bahawa Datuk Najib telah mengesahkan kepada beliau sendiri yang beliau akan dicalonkan. Wow hebat....Kalau tak jadi kenyataan jangan pula sabotaj parti ya....Nantikan pergi beritahu orang ramai pula yang Datuk Najib suruh sabotaj.
Manakala bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh akan dipindahkan ke Parlimen Besut.
Di Perak pula terdapat suara-suara yang mengatakan MB, Datuk Seri Dr Zambry Kadir bakal dibawa ke pusat dan akan bertanding samada di Parlimen Kuala Kangsar atau pun Tambun. Manakala Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni akan kembali ke Dun dan bakal dilantik sebagai MB Perak yang baru.
Perlis juga dikhabarkan bakal mendapat MB baru . Ada maklumat mengatakan MB Perlis sekarang tidak dicalonkan lagi. Ketiga-tiga parlimen yang ada di Perlis pun akan bertukar penyandang. Azmi Khalid di Padang Besar dan Radzi Sheikh Ahmad di Kangar akan berundur untuk memberi laluan kepada muka baru. Manakala Shahidan Kasim akan bertanding di Parlimen Arau menentang Haron Din.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan