PANAS TERIK!! BLOGGER DR. MIM DAN MPP ONLINE KEMALANGAN AKIBAT KERETA DISABOTAJ..??
Dr. Novandri Hasan Basri atau lebih dikenali dengan Dr. MiM dan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bukit Gelugor telah mengalami kemalangan bersama seorang rakannya awal pagi tadi.
dikejutkan dengan satu berita blogger Dr MiM terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River.Beliau bersama seorang rakan (fb rakan teman mengkhabarkan bahawa rakan Dr. MiM adalah blogger MPP Online), yang dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke arah Selatan terbabit dalam kemalangan tersebut seawal jam 6.30 pagi tadi. Baca Sini
Setakat entri ini ditulis dimaklumkan beliau yang sebelumnya di masukkan ke Hospital Slim River kini di pindahkan ke Hospital Pantai pada tengahari tadi.Manakala rakannya dilaporkan stabil dan kini sedang di rawat.
Menurut sumber dikatakan 2 tayar depan kenderaan yang dinaiki oleh Dr MiM dan rakannya tercabut sebelum melanggar pembahagi jalan.Di syaki berlaku unsur kianat dalam insiden tersebut kerana sebelum ini blogger tersebut khususnya pengamal media siber sering saja menerima ancaman dari pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan gerak kerja mereka.
Apa pun satu siasatan masih dan sedang dijalankan oleh pihak Polis bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut.
2 tayar tercabut secara serentak ? Apa mungkin ada dalang disebalik apa yang berlaku ? Apa yang pasti sebelum ini blogger Dr MiM ada menyatakan akan memberikan satu penerangan tentang satu perkembangan terbaru berikutan satu penemuan berita melibatkan individu sensasi di Pulau Pinang.
Apa mungkin ianya ada kaitan ?? Tak nak lah menuduh yang bukan-bukan tetapi sedikit rasa sangsi dengan apa yang berlaku.... Biarlah pihak yang berkuasa menjalankan siasatan...
Berita selanjutnya........di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan