SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 11 April 2013

WAJIB BACA!! SIAPAKAH BAKAL PM PAKATAN JIKA ANWAR KALAH PADA #PRU13 ?

WAJIB BACA!! SIAPAKAH BAKAL PM PAKATAN JIKA ANWAR KALAH PADA #PRU13 ?



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim mencabar Pakatan Rakyat mengumumkan secara rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri parti perikatan itu sekiranya berjaya mengambil alih pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Namun bekas Menteri Besar Perlis ini menegaskan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR tidak layak untuk memegang jawatan nombor satu negara kerana jumlah kerusi PKR dan PAS dalam Dewan Rakyat lebih sedikit berbanding DAP.

DAP ketua Pakatan bukan PKR

Jsuteru Shahidan berkata sepatutnya jawatan tersebut diisi oleh wakil DAP kerana parti itu merupakan paling banyak kerusi Parlimen dalam Pakatan.

Malah beliau turut meminta Pakatan yang mula bekerjasama sejak 2008 agar mengemukakan kabinet bayangan.

"Pakatan sehingga hari ini tak langsung dapat ketengahkan kabinet bayangan. Kita kena ingat dalam Barisan Nasional (BN) sekarang Umno ada 79 kerusi, komponen termasuk Sabah dan Sarawak 61 kerusi jadi ada 140 kerusi Parlimen.

"Dalam peraturan demokrasi parti yang besar itu jadi ketua, ketua kepada BN adalah Umno dengan 78 kerusi Parlimen, dulu Umno pernah dapat 109 kerusi pada 2004 tapi pembangkang PAS ada 23 kerusi, PKR tinggal 24 kerusi kemudian DAP 29 kerusi," katanya dalam temubual eklusif bersama Antarapos di pejabatnya di sini.

Dewan Rakyat memperuntukkan 222 kerusi Parlimen. Pada pilihan raya umum 2008 BN menang di 139 kerusi sementara Pakatan memperoleh 83 kerusi.

Tidak mustahil PM dari calon DAP

Menurut Shahidan, tidak mustahil sekiranya DAP akan melantik perdana menteri dari calon parti itu sekiranya memperoleh jumlah kerusi paling banyak dalam PRU13.

"...dan peraturan demokrasi ketua pembangkang adalah DAP tapi dia buat-buat lantik Anwar Ibrahim, cuba bayangkan dengan kehendak Allah Anwar Ibrahim tiada hari ini, adakah DAP akan lantik Anwar Ibrahim dua?

"Katakan Anwar tiada, siapa akan jadi ketua pembangkang? DAP akan ambil baliklah, Lim Kit Sianglah," katanya.

Daripada 83 kerusi Parlimen, PAS memperoleh 23 kerusi, PKR 31 kerusi dan DAP 28 kerusi namun jumlah itu berkurangan selepas beberapa wakil rakyat bertindak keluar parti.

Untuk rekod terkini, PAS kini menyandang 22 (tidak termasuk Parlimen Titiwangsa) kerusi, PKR 23 kerusi dan DAP 28 kerusi Parlimen.

PAS-DAP guna pengaruh Anwar untuk capai cita-cita politik

ADUN Tambun Tulang ini menambah Anwar tidak layak untuk memegang jawatan itu ekoran pelbagai kontroversi yang melanda bekas timbalan perdana menteri itu termasuk kes liwat.

Shahidan juga percaya gabungan pembangkang menggunakan pengaruh Anwar untuk mencapai cita-cita politik parti masing-masing dan bukan mahukan kepimpinan pemimpin veteran itu.

"Saya rasa Anwar amat sukar untuk meneruskan cita-citanya kerana bermacam-macam perkara dihadapi.

"...dan pembangkang masih gunakan Anwar dalam bentuk bukan kerana berkehendakkan kepimpinannya tapi mungkin pengaruhnya sedikit untuk mereka mencapai cita-cita mereka.

"Ini pandangan saya tapi berdasarkan apa yang berlaku inilah pandangan saya," katanya.

Antarapos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan