SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 22 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 : Sah! Mat Taib Masuk PAS!!

PANAS TERIK!! #PRU13 : Sah! Mat Taib Masuk PAS!!




KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akhirnya secara rasmi menyertai PAS pada Isnin.

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini. Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. 

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS. (HarakahDaily)

Kata beliau lagi... “Sudah lama saya berhasrat untuk sertai PAS, sejak tahun lalu lagi,” kata Muhammad. Dalam pada itu, Muhammad juga berjanji akan berkempen untuk PAS dan menyebarkan ajaran Islam sebenar yang tidak seimbang antara pembangunan dan imej agama tersebut.

Beliau berkata dia mahu menyertai PAS selepas menyedari pembangunan di Selangor kosong tanpa pembangunan jiwa dan rohani.

Inilah dikatakan Jiwa kecewa dalam politik...memalukan sekali dengan sikapnya.

Psssttt AKJr : Oleh kerana Mat Taib sudah sah menyertai PAS, maka UMNO hari ini akan menghantar dua guni dokumen kesalahan Mat Taib semasa lalu bagi tujuan pengampunan...Soalan saya kalau tahun lepas sudah berniat masuk PAS, pasal apa sekarang baru nak isytihar? Bukankah jelas ia bermotif politik.

2 ulasan:

  1. Perut dah kenyang. Suku sakat dah boroi baru sekarang rasa insaf. Tak rugi UMNO pun dia masuk Parti Ajaran Sesat tu. Esok Mursyidul HamPAS declare dosa dia sudah diampuni. Barang expire dah takda nilai.. Kalau betul nak bangunkan jiwa dan rohani, zakat dan hibahkan lah semua harta yang dia ada sekarang!. Ada berani??

    BalasPadam
  2. Dan Muhammad juga akan bukak segala pekong UMNO/BN semasa dia berada dalam UMNO. Agaknya mana banyak pekong UMNO/BN dengan pekong Muhammad itu sendiri....bertambah longlailha UMNO/BN.....heheh

    BalasPadam