SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 13 April 2013

PANAS TERIK !!! Bongkar!! Kekayaan Harta Pemimpin PAS Perak Yang Melampau!!

PANAS TERIK !!! Bongkar!! Kekayaan Harta Pemimpin PAS Perak Yang Melampau!!



Di mana-mana siri ceramah pembangkang, pastinya mereka akan mengutuk UMNO/BN dengan isu kroni, kekayaan melampau, korupsi dan pelbagai lagi. Padahal, apa yang dibicarakan mereka itu adalah umpama meludah ke langit jatuh ke batang hidung sendiri.

Hari ini, rakyat tertipu dengan mainan politik pembangkang terutama parti PAS. Kononya bila mereka menjaja tabung tin milo di tempat ceramah, rakyat akan melihat PAS sebenarnya parti yang miskin serta pemimpin mereka adalah sederhana.

Tindakan pemimpin mereka cuba mengaburi mata rakyat dan ahli bawahan sendiri. Pemimpin PAS menipu ahli mereka kononya mereka bukan manusia yang berduit dan berharta.

Kita tidak pernah cemburu dengan kekayaan orang lain sebab kita percaya yang rezeki adalah milik masing-masing. Tetapi perangai pemimpin PAS, mereka jadikan faktor kekayaan pemimpin UMNO sebagai senjata untuk menyerang parti UMNO.

Bagi aku, kekayaan yang dimiliki oleh orang Melayu sepatutnya menjadi kebanggaan kita daripada melihat Melayu hidup merempat di bumi sendiri.

Kita sering kali mendengar cemuhan dari kalangan ahli bawahan PAS kononya pemimpin UMNO adalah kaya raya, tetapi ahli bawahan PAS lupa nak semak nilai harta kekayaan pemimpin mereka.

Tertarik dengan siri pendedahan blogger sanggahtokjanggut.blogspot.com tentang pemilikan harta Yang Dipertua PAS Lenggong Perak. Beliau antara nama yang disebut akan menyandang calon bagi Parlimen Lenggong pada PRU ini.

Razman Zakaria pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan Kastam dan dinasihatkan untuk bersara pada tahun 2009. Timbul persoalan, kenapa Razman di nasihatkan untuk bersara? Faktor kesihatan ataupun korupsi yang kuat sewaktu di dalam Kastam? Razman perlu jawab.

Hebat Razman menabung sewaktu bekerja di dalam Kastam hingga mampu memilik rumah yang bernilai RM 2 juta dengan 8 bilik tidur dan 2 kolam renang di Jalan Manggis Sijangkang Pelabuhan Klang Selangor. Tidak cukup dengan itu Razman memiliki sebuah lagi rumah bernilai 700 ribu di Lenggong.

Belum lagi bicara soal berapa buah kereta, berapa lot tanah dan berapa lot rumah kedai yang dimilik beliau. Logik akal, apakah mampu bagi bekas seorang pegawai kerajaan miliki aset yang begitu banyak? Razman perlu jelaskan.

Kita bukan apa, kalau dalam waktu menjawat jawatan awam pun Razman dah hebat mengumpul harta kekayaan, bimbang digunakan pula pentas politik untuk terus membina aset nilaian juta pula.

Ahli PAS sepatutnya berlapang dada membuat penilaian terhadap pemimpim mereka. Jangan hanya kerana memakai kopiah dan jubah, ahli PAS anggap pemimpin mereka terlampau zuhud. S/U Agung PAS pun boleh ada skandal seks, inikan pula hanya YDP PAS lenggong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan