SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 6 April 2013

PANAS TERIK!! SAH..!! Anwar umum pertahan kerusi Permatang Pauh..

PANAS TERIK!! SAH..!! Anwar umum pertahan kerusi Permatang Pauh




BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menamatkan teka tekinya mengenai kononnya akan berpindah kawasan Parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Dalam ceramah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan itu.

Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.

“Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan