SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 10 April 2013

GEMPAR!! Selepas PapaGomo, RBF Online Umum Bertanding #PRU13 Lawan Husam Musa? #TolakPR

GEMPAR!! Selepas PapaGomo, RBF Online Umum Bertanding #PRU13 Lawan Husam Musa? #TolakPR





Orang tua-tua selalu pesan kalau kita nak kahwin kita kena kenal pasti siapa pasangan kita. Anak siapa, asal usul, susur galur keturunan dan sebagainya. Sebabnya kita nak cari pasangan mestilah dari keturunan orang baik-baik. Jika kita pilih pasangan dengan orang yang asal usulnya atau keturunan keluarganya huru hara, maka kita pun akan dapat keluarga yang huru hara.

Begitu juga dengan orang yang nak beli kereta. Kalau dia nak beli kereta baru dia akan cari kereta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta yang bagus,syarikatnya stabil, nilai kereta tidak jatuh serta mudah untuk cari alat ganti. Sebabnya dia tidak mahu susah kemudian hari.

Kalau dia nak beli kereta terpakai pula , maka dia akan periksa pula berapa usia kereta itu, siapa tuannya, ada kemalangan atau tidak, ada rosak atau tidak dan sebagainya.

Apa sahaja yang kita nak buat kita kena periksa asal usul dan sebagainya supaya kita tidak tertipu. Benda atau perkara yang berasal dari asal usul yang tidak baik maka sampai bila-bila pun ianya akan jadi tidak baik.

Begitu jugalah dengan parti Pas....

Asal-usul tertubuhnya Pas kerana kekecewaan, marah dan dendam seorang pemimpin Umno yang tewas merebut jawatan Yang Dipertua Umno di tangan Tunku Abdul Rahman. Dia lari ke Perak dan tubuh parti yang berasaskan agama untuk menarik sokongan orang melayu. Mereka nak pakai nama melayu tak boleh kerana Umno dah pakai. Mereka guna nama islam kerana katanya islam lebih tinggi dari melayu.

Orang putih yang menjajah Malaya pada waktu itu jadi tukang cucuk untuk mereka menubuhkan parti baru supaya melayu berpecah belah. Apabila melayu berpecah belah mereka boleh melengah-lengahkan pemberian kemerdekaan kepada Malaya yang sedang dituntut Umno, dan mereka dapat kaut lagi hasil bijih timah serta hasil-hasil bumi lain di negara ini.

Baca Selanjutnya DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan