SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 25 November 2012

WAJIB TONTON!! @Khairykj Sifatkan Gaza 'Penjara' Terbesar di Dunia.


WAJIB TONTON!! @Khairykj Sifatkan Gaza 'Penjara' Terbesar di Dunia.





Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia susulan tindakan Israel menyekat bekalan bantuan kemanusiaan di pintu sempadan negara itu.

"Walaupun mereka (Israel) telah mengumumkan pintu sempadan telah dibuka tetapi laluan ke tebing barat tetap disekat. Mereka (sukarelawan) tidak dibenarkan menghantar bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan", katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Tabung Save Gaza Aman Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

 Beliau menegaskan,  genjatan senjata pada masa ini bukan bermaksud rakyat Palestin sudah pun tamat daripada serangan Isreal pada masa akan datang.

"Kita bersyukur buat masa ini perjanjian itu telah menamatkan serangan daripada tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin yang ada di Gaza dan kita bersyukur kerana setiap hari bilangan mayat yang kita lihat di kaca tv kebanyakannya dari rakyat Palestin akan dapat dihentikan dengan genjatan senjata yang telah diumumkan.

"Tetapi jangan salah faham, genjatan senjata yang telah diperolehi pada hari ini bukan satu isyarat bahawa penindasan terhadap rakyat Palestin sudah pun tamat yang mana ia hanya menghentikan sementara sahaja", ujarnya.

Menurutnya, penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin tidak akan pernah selesai sekiranya Amarika Syarikat terus mengambil sikap berat sebelah.

"Kita bukan sahaja kecam tindakan Isreal tetapi di sini atas nama Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak supaya Amerika Syarikat tidak lagi mengambil pendirian berat sebelah.

"Kita harap mereka (rakyat Palestin) mendengar suara kecil yang mengingatkan mereka bahawa mereka tidak kesorangan dan mereka mempunyai sokongan di seluruh dunia termasuk di Malaysia", katanya.

Pada Majlis berkenaan, hadirin turut menunaikan Solat Hajat bagi meminta genjatan senjata dihentikan serta merta di Bumi Palestin.



Sumber KLPOS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan