PANAS TERIK!! "I Support All Efforts To Protect The Security of Israel" - Anwar Ibrahim
Inilah bahananya apabila seorang pemimpin Islam bertindak menyatakan sokongan terhadap Israel dan hasilnya dapat dilihat di Palestin hari ini.
Di sebalik seluruh dunia dan pelbagai pihak di negara ini melontarkan kecaman terhadap serangan kekejaman Israel ke atas wilayah Palestin, di Gaza, tentunya umum masih belum melupakan ungkapan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ketika yang berbunyi ‘I support all efforts to protect the security of the state of Israel” sepertimana yang disiarkan menerusi Wall Street Journal (WSJ).
Sehingga ke hari ini ramai lagi yang masih tertanya-tanya dan seolah-olah tidak ada penjelasan yang konkrit berhubung kenyataan berkenaan yang pada satu ketika menimbulkan kontroversi.
Ketika diminta mengulas mengenainya Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam berkata hakikat tersebut perlu direnungi dengan mendalam oleh rakyat Malaysia khususnya umat Islam.
“Adakah kita lupa siapakah yang menyatakan ‘I support all efforts to protect the security of the state of Israel” dan hari ini Israel menyerang Gaza atas nama mahu menjaga keselamatan Israel.
“Sebab itu bagi saya dengan menolak Anwar Ibrahim, ianya akan dapat menyelamatkan negara daripada pelbagai bentuk masalah dan sebagainya lagi. Kenyataan Anwar itu masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Katanya lagi dan bukanlah niat beliau untuk menimbulkan polemik baru sebaliknya mengharapkan semua pihak dapat membuka mata untuk melihat dan menilai perangai sebenar pihak-pihak tertentu.
Beliau seterusnya menyeru semua pihak agar bersama-sama dengan pergerakan itu pada majlis solat hajat untuk mendoakan keselamatan saudara seagama di bumi Palestin petang esok di Surau Ar-Rahman, PWTC.
“Inilah masanya untuk kita menujukkan solidariti kita terhadap saudara seagama kita di bumi Gaza dan bukannya mendoakan kehancuran sesama Islam sepertimana yang dilakukan oleh Pas,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan