WAJIB BACA!! GUAN ENG TAK SETUJU HAJI HADI JADI PM
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menegaskan tiada individu selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menduduki Putrajaya.
Menurut beliau, kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengalu-alukan dirinya untuk dicalonkan sebagai orang nombor satu negara pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 semalam bukan sepertimana yang dipersetujui gabungan itu.
Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas bersabit pemilihan calon Perdana Menteri yang dibangkitkan perwakilan PAS pada muktamar parti itu yang berakhir semalam.
“Saya rasa Pakatan Rakyat telah membuat kata sepakat sebelum ini bahawa sekiranya Pakatan menang pada pilihan raya kali ini, bakal Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Setakat ini tidak ada permintaan atau perubahan dan pendirian DAP masih sama seperti dulu iaitu calon PM adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen tadi.
Hadi pada Ahad secara terbuka mengalu-alukan saranan agar beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),
Perkara tersebut dibangkitkan oleh wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain susulan kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat kelmarin.
“Saya ingin bertanya kepada perwakilan, siapa orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden?
“Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tapi beliau yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, dan kita sebagai anak didik kepada parti Islam tidak sepatutnya kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin,” kata Hairul Nizam.
Kit Siang baru-baru ini mengisytiharkan, Anwar adalah calon yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekali gus dilihat mengetepikan calon-calon lain yang turut layak dari seteru rakan komponen partinya (PAS).
Gesaan Kit Siang itu dibuat ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam Jumaat lalu.
Anwar dalam pada itu berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika rakyat berkehendakan Hadi untuk menjadi Perdana Menteri.
Katanya perkara tersebut akan dibincangkan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan.
“No problem (tidak ada masalah), kita boleh bincang dengan baik,” kata Anwar. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan