PANAS TERIK!! BUKTI PAS SESAT LAGI MENYESATKAN
Entah ijma’ dan qiyas apa yang mereka gunakan, Mursyidul Am PAS yang menjadi tok imam pula bagaikan berhala bisu dan tuli yang langsung tidak mempunyai sebarang upaya untuk menghalang apatah lagi menegur, BIDAAH DHOLALAH yang berleluasa dan dilakukan oleh hampir 30,000 orang (sepertimana yang dilaporkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat).
Belum pernah dalam sejarah Islam, baik pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para Sahabat r.a,
tabiin dan tabiit tabiin, doa seperti itu dilakukan dan dimegah-megahkan. Namun pada zaman
di mana teknologi maklumat sangat maju dan segala macam maklumat boleh diperolehi tanpa
perlu lagi menyelak kitab-kitab kuning bertulisan Arab atau jawi kuno, rupa-rupanya lebih
ramai manusia yang mengaku Islam, tetapi mengamalkan perbuatan takliq yang luar biasa
taksubnya.
Pembacaan doa berkenaan dilakukan oleh adik Nik Abdul Aziz Nik Mat bernama
Nik Razi Nik Mat. Nik Razi ini jugalah yang membentangkan usul mempertahankan
tindakan jijik Anwar Ibrahim menyuntut pelacur dari China pada tahun lepas
dalam Muktamar Dewan Ulama PAS di Shah Alam.
Pada ketika umat Islam di seluruh dunia sedang mendoakan keselamatan
dan kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh ratusan serangan
udara Zionis, rupa-rupanya ada segelintir mereka yang mengaku
beragama Islam di Malaysia yang mengambil kesempatan mendoakan keburukan
kepada umat Islam yang lain, dalam sebuah negara yang sama.
Anehnya, doa yang mereka panjatkan adalah untuk memenangi Putrajaya
walaupun hakikatnya, mereka tidak akan menang dalam perlumbaan
ke Putrajaya kerana jumlah kerusi yang mereka tandingi nanti tidak s
ampai pun 60 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Daripada 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi itu, mana mungkin
PAS akan memenangi kesemuanya. Dan kalaupun menang kesemuanya
pun kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang sangat luar biasa, mana
mungkin PAS dapat mengatasi PKR dan DAP yang akan bertanding
di 72 dan 90 kerusi. Kalau sekarang ini, PAS tidak ubah seperti keledai tunggangan,
bagaimana pula PAS boleh mengubah situasi tersebut selepas Pakatan
berjaya menguasai Putrajaya?
Justeru, doa yang dipanjatkan, hanyalah PEMBOHONGAN dan
PENDUSTAAN semata-mata. Ia seolah-olah mengharapkan tongkat
sakti dan kuda terbang yang boleh diperintah, tanpa perlu bekerja keras,
seperti dalam cerita-cerita dongeng popular yang kita baca pada zaman kanak-kanak dahulu.
Bagaimanapun, sesuatu yang sangat pasti daripada babak doa
di padang Stadium tersebut adalah gambaran tentang kesesatan
yang dibidaahkan dengan agama dari kalangan pemimpin dan
ahli-ahli PAS dalam keserakahan mereka mengejar kuasa dan kemewahan!
Sumber : Sel13.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan