PANAS TERIK!! LYNAS ADALAH MAINAN POLITIK DAP YANG DENGKI!
Berita yang pasti menggemparkan dan menyayat hati Pakatan Haram Pembangkang. Sila baca :
KUANTAN: Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) hari ini dibenarkan beroperasi selepas
Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi
Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.
Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana
ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng)
dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan
dalam keputusan kes ini," katanya.
Sebelum ini penduduk Kuantan yang diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP.
Pihak Lynas membuat permohonan untuk menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman terhadap permohonan penduduk Kuantan yang mencabar keputusan dua responden (MOSTI dan AELB) dalam pemberian TOL kepada Lynas sebelum ini.Hakim juga dalam penghakimannya turut membenarkan Lynas menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman itu di mana tarikh semakannya belum diputuskan lagi.Dalam pada itu, Vendargon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu dalam masa dua hari. Selain Vendargon, pemohon diwakili oleh Hon Kai Ping, R. Sarengapani, Anne Marie dan Gene Anand Vendargon manakala kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Datin Noor Azzah Abdul Aziz dan Laila Muhamad Bostaman. Lynas pula diwakili oleh Sunil Abraham, Wong Kah Hui and Emily Chin. - BERNAMA
Dan ini pula beberapa fakta tentang Lynas yang perlu kita tahu :
- Maklumat Lynas adalah berdasarkan Fakta Saintifik yang boleh di uji dan di bukti.
- Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyemak
- Laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar
- Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri
Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam, persekitaran dan pekerja
Lynas Corporation sendiri kerana
- Kilang Lynas BUKAN KILANG NUKLEAR..Ia hanya kilang kimia biasa
- Mengikut undang-undang pengangkutan antarabangsa bahan Lynas tidak tersenarai sebagai bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
- Dedahan radiasi kepada orang awam adalah sangat rendah
- Pelepasan air dan udara daripada kilang Lynas tidak mewujudkan kehadiran bahan radioaktif
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mengikut garis panduan undang-undang antarabangsa dan Malaysia
Apakah angka dedahan radioasi yang membahayakan manusia? Mengikut undang-undang Malaysia dan
antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia :
Baca seterusnya disini
1) Orang Awam - tidak melebihi 1.0 mSv setahun
2) Pekerja sinaran - tidak melebihi 20mSv setahun
Lynas TIDAK SAMA dengan Asian Rare Earth (ARE), Bukit Merah :
- Bahan mentah kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan BAHAN BUANGAN.
- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE Bukit Merah
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan