INFO @ AKjr : PERSIDANGAN AGUNG UMNO ( PAU ) 2012 - 26 NOV HINGGA 1 DIS 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan berlangsung bulan depan
dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan
Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.
Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk
mendengar amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya
dipalu.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata perhimpunan
kali ini dijangka mendapat liputan meluas media massa dengan kira-kira 2,000
pengamal media dari dalam dan luar negara meletakkan fokus pada perhimpunan
parti dominan Melayu itu.
Tahun lepas seramai 1,700 wakil media dari dalam dan luar negara
telah membuat liputan sepanjang perhimpunan dan tahun ini kita jangka kira-kira
2,000 orang dari kalangan media akan terlibat.
Perhimpunan itu akan dimulakan dengan Seminar Penerangan Perdana
pada 24 Nov yang akan dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk
Seri Najib Tun Razak diikuti Forum Antarabangsa Ketiga pada 26 hingga 27 Nov
yang bakal dihadiri perwakilan dari 27 negara termasuk dari rantau Asean, Asia,
Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Palestin.
Jumlah penyertaan antarabangsa bagi forum ini merupakan
pengiktirafan pada pucuk pimpinan parti,"
Majlis Taklimat Presiden pada 27 Nov yang akan diadakan secara
tertutup antara yang dinantikan anggota perwakilan apabila Najib dijangka
memberi amanat kepada jentera perang Umno yang bakal menuju 'ibu segala pilihan
raya' tidak lama lagi.
Pada hari sama, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan
Puteri Umno 2012 akan diadakan di Dewan Merdeka, sebelum Perhimpunan Agung bagi
ketiga-tiga sayap parti itu, pada keesokannya.
Perhimpunan Agung Umno 2012 dimulakan secara rasmi pada 29 Nov dan
berlangsung sehingga 1 Dis dengan pelbagai isu politik, ekonomi, pendidikan dan
agama dijangka dikupas para anggota perwakilan.
Sumber : Mstar
Psssttt... AKjr percaya persidangan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU 13..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan