SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 6 November 2012

PANAS TERIK! BALA DARI ALLAH KETIKA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI SEREMBAN?


PANAS TERIK! BALA DARI ALLAH KETIKA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI SEREMBAN?

Para pecacai Pakatan Rakyat begitu seronok dengan kehadiran ribuan orang di Taman Seremban Jaya untuk ‘memeriahkan’ Himpunan Kebangkitan Rakyat mewakili empat puak yang disimbolkan dengan warna iaitu oren untuk ANAK, kuning untuk BERSIH, merah untuk ROYALTI dan hijau untuk ANTI-LYNAS. Kata mereka, hujan lebat pada awal penganjuran program berkenaan, tidak mematahkan semangat para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk hadir. 

Menariknya ada yang mengatakan sehingga jam 10:00 malam tadi, jumlah yang hadir adalah seramai 30,000 orang! 

Bayangkanlah, sebuah padang berkeluasan sebegitu rupa boleh menempatkan 30,000 orang… barangkali mereka semua terpaksa duduk berpangku riba bagi mewujudkan angka berkenaan. 

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam program berkenaan dan sudah tentulah Anwar Ibrahim tidak terkecuali daripada program sebegitu rupa. Malah, bas, treler dan kereta mewah yang menggunakan keseluruhannya duit rakyat Selangor, yang dinamakan sebagai kenderaan Jelajah Merdeka Rakyat, turut dipamerkan dan dijadikan sebagai kenderaan yang menjadi simbol kepada keserakahan nafsu Anwar Ibrahim.


Kehadiran sebegitu ramai orang sebenarnya tidaklah sehebat pada tahun 1998 dan 1999 yang meyakinkan Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu akan jatuh dengan mudah. Bagaimanapun, apabila keputusan pilihanraya pada 1999, Anwar Ibrahim ternyata kecewa kerana sokongan yang jumlahnya puluhan ribu sewaktu dia tampil berkempen, tidak banyak membantu keputusannya pun. 

Dan menariknya, keadaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat itu juga hampir sama pada tahun 1998-1999 dengan kehadiran paling ramai dan majoriti tetap adalah orang Melayu yang mewakili PAS dan PKR. Manakala kaum Cina dan India dari DAP, tidaklah begitu ramai kecuali mereka yang menggunakan himpunan seperti itu untuk berkempen. Keadaan yang hampir sama dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 dan 1999 dahulu! 

Bagi generasi baru yang tidak pernah tahu atau ambil tahu tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1998-1999 dahulu, jumlah yang mereka lihat di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban itu sebenarnya jauh lebih kecil dan kurang memberangsangkan. 

Dan keadaan yang sama juga berlaku dengan ‘amaran awal’ yang kemudian ditukarkan dan dikatakan sebagai ‘rahmat Allah Taala’. 

Program yang sepatutnya bermula pada jam 3:00 petang itu terpaksa ditunda apabila hujan lebat yang disusuli dengan ribut petir serta angin keras, melanda kawasan berkenaan. Ramai yang bertempiaran dan mencari tempat perlindungan. Manakala golongan peniaga yang membuka gerai awal, mengalami kerugian apabila kebanyakan barangan jualan mereka basah lencun dan rosak.

Baca seterusnya di SEL13.COM


1 ulasan: