JOM TONTON VIDEO : Tahniah! Pakatan Pembangkang Jadikan Unisel Universiti Paling Bermasalah – GAPS
***Sila ikuti temubual eksklusif UMNO-Online bersama Hamidzun Khairuddin, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) di Youtube MediaUMNO.
SHAH ALAM, – Kemelut berterusan Universiti Selangor (Unisel) merupakan antara bukti bagaimana kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang khususnya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ini tidak memberikan keprihatinan dalam soal pendidikan.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, contoh pertama ialah bagaimana Asrama Yayasan Selangor dirobohkan oleh kerajaan negeri.
“Contoh kedua apabila UiTM Selangor yang hendak dibangunkan di Serendah, Hulu Selangor tidak diluluskan oleh kerajaan negeri. Seterusnya polemik dalam Unisel menjadikan nasib pelajar dan mahasiswa Unisel dalam keadaan terumbang-ambing.
“Persoalannya kini, Menteri Besar telah memperjudikan nasib dan masa depan anak-anak muda yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang dibangunkan dan dibina oleh Barisan Nasional, lebih dari 5 hingga 10 tahun yang lalu.
“Jadi, adakah ada masa depan untuk anak-anak kita yang belajar di Unisel ini, adakah mereka mampu untuk mencari peluang pekerjaan dengan pelbagai polemik yang melanda, keduanya adakah mereka mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi apabila mereka menamatkan pengajian diploma atau ijazah di Unisel nanti,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.
Tambahnya, ini merupakan satu perkara yang menjadi kekeliruan masyarakat dalam keadaan status Unisel, dalam politiking yang keterlaluan dalam Unisel dan dalam keadaan pentadbiran yang dicampur adukkan dalam politik, akhirnya menjadikan Unisel sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang paling bermasalah di Negara kita sekarang.
“MB telah memperjudikan nasib generasi muda yang sedang belajar di Unisel,” tambahnya.
Psssttt >>> AKjr : Kasihan pada pelajar2 di UNISEL yg telah jadi mangsa daripada pentadbiran PR khususnya MB Tan Sri Khalid Ibrahim.. Kepada semua Pelajar tersebut dan pelajar2 yg lain, PRU Ke 13 nti KITA HUKUM MERAKA2 INI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan