SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 21 Disember 2012

WAJIB BACA!! Karpal Simpan Bukti 1997 @anwaribrahim Untuk Senjata DAP Masa Hadapan


WAJIB BACA!! Karpal Simpan Bukti 1997 Anwar Untuk Senjata DAP Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Bekas pembantu khas, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman percaya tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mempunyai agenda yang tersirat.
Ini kerana jelas beliau walaupun mengetahui bahawa Anwar mempunyai banyak masalah tingkah laku namun Karpal tetap menyatakan pendirian mahu jawatan Perdana Menteri di isi oleh Anwar Ibrahim.
Tegas Rahimi, rakyat perlu menyorot semula sejarah politik di mana pada 22 Oktober 1997, Karpal adalah orang pertama yang mendedahkan dalam Parlimen bahawa dia mempunyai bukti bahawa Anwar seorang peliwat. Ianya diikuti dengan ucapannya di Federal Hotel yang menyatakan dia mempunyai bukti dan dokumen menyokong dakwaannya itu.
Pendedahan oleh Karpal ini jugalah kata beliau lagi yang menyebabkan timbulnya gelaran ‘Anwar Al juburi’.
“Karpal juga dahulu adalah peguam kepada mangsa liwat Anwar. Tapi kenapa kini Karpal boleh berpusing 360 darjah… Sudah pasti ada agenda tersembunyi yang mahu dimainkan olehnya.
“Secara tidak langsung juga Karpal ingin menyampaikan masej bahawa DAP sama sekali tidak akan menerima pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri. Mereka lebih rela manusia seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai masalah moral menjadi Perdana Menteri.
“Bagi mereka, Pas adalah golongan yang lebih hina dari Anwar dan hanya dijadikan kuda tunggangan untuk mendapatkan kuasa. Begitulah betapa hina, kolot dan jijiknya Pas di mata DAP,” ujarnya lagi .
Tambah Rahimi lagi, sekiranya rakyat mengikuti perkembangan ini, sudah pasti dapat mengagak apa yang bakal berlaku kepada Anwar nanti.
“Karpal bukanlah orang sebarangan dalam arena politik. Walaupun DAP yang terkenal dengan perkauman dan cauvinis, dia masih mampu meletakkan dirinya dalam hierarki parti itu.
“Tidak dapat dinafikan, baik Lim Kit Siang atau Guan Eng tidak mampu menolak betapa manusia bernama Karpal Singh ini mempunyai pengaruh yang amat besar sehingga mereka tidak mampu untuk menolak Karpal dalam DAP. Tanpa Karpal, sudah pasti legasi Lim dalam DAP akan berkubur.
“Sebab itu apabila Karpal menyatakan pendirianya mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri, pasti ada agenda tertentu yang mahu dimainkannya nanti malah tidak mustahil Anwar hanya akan menjadi boneka Perdana Menteri. Anwar sendiri jangan bermimpi untuk berkuasa sepenuhnya sekiranya menjadi Perdana Menteri kerana ‘tengkuk’ Anwar dipegang oleh Karpal.
“Sekiranya Anwar melawan, jangan terkejut kalau Karpal akan membangkit dan membongkar segala isu moral dan akan berlakunya undi tidak percaya terhadap Anwar. Sebenarnya, Anwar juga hanya diguna-gunakan oleh DAP untuk kepentingan politik mereka… Sama seperti Pas,” ujarnya lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan