SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 16 Disember 2012

PANAS TERIK!! PAS sanggup Gadai prinsip kerana DAP – Dr. Mahathir


PANAS TERIK!! PAS sanggup Gadai prinsip kerana DAP – Dr. Mahathir


– Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa sanggup menggadaikan perjuangan membentuk negara Islam dan hukum hudud kerana mahu bersekongkol dengan sekutu pembangkangnya DAP dan mendapat sokongan bukan Melayu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perubahan itu membuktikan Nik Abdul Aziz tunduk kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah menegaskan akan menentang pembentukan negara Islam Pas suatu ketika dulu.
Katanya, kesediaan Nik Abdul Aziz serta Pas untuk tunduk kepada pendirian DAP itu membuktikan parti yang kononnya berteraskan Islam itu kini berusaha untuk memancing undi masyarakat bukan Islam di negara ini pada pilihan raya akan datang.
“Apabila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian Pas, Nik Abdul Aziz telah menyemak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun mendapati Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara Kebajikan Pas.
“Nik Abdul Aziz sendiri berkata yang mendorong Pas ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihan raya, ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam Pas,” katanya dalam entri terbaru bertajuk Kejatuhan Negara Islam Pas di http://chedet.co.cc.
Beliau mempersoalkan penjelasan Nik Abdul Aziz mengenai pertukaran slogan Pas daripada membentuk negara Islam kepada pembentukan negara berkebajikan seperti ditegaskan parti itu pada muktamarnya yang lalu.
Dr. Mahathir menambah, kesanggupan Pas menggugurkan perjuangan negara Islam demi kerjasama dengan DAP adalah mengecewakan kerana parti itu tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO yang dianggotai oleh Melayu beragama Islam.
“Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara Pas dengan UMNO, Nik Abdul Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO (didakwa) tidak Islam,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan