SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 12 Disember 2012

PANAS TERIK!! Roboh Tempat Ibadat-Siapa Lebih Zalim Antara BN dengan PKR ?


PANAS TERIK!! Roboh Tempat Ibadat - Siapa Lebih Zalim Antara BN dengan PKR ?

(Gambar-gambar di dalam)
Pada tahun 2007 sebuah kuil hindu di Padang Jawa, Shah Alam telah dirobohkan selaras dengan perintah mahkamah. Ini kerana pemilik tanah di mana kuil itu dibina mahu memajukan kawasan berkenaan. Bukan sahaja kuil yang dirobohkan, ia melibatkan rumah penduduk dan juga surau.
Kerajaan negeri pimpinan BN ketika itu telah mengarahkan pemaju agar menyediakan rumah ganti kepada penduduk yang rumah mereka dirobohkan. Begitu juga dengan kuil yang tersebut. Bukan setakat diberi tapak sebagai ganti untuk membina kuil baru, malah pihak kuil juga turut diberi pampasan RM 40’000. 00.
Pada ketika itu PKR , PAS dan DAP masih lagi pembangkang di negeri Selangor. Mereka bersama-sama HINDRAF telah mengeksploitasi kes perobohan kuil itu semaksimum mungkin hingga mengundang perasaan marah orang-orang india yang beragama hindu, dan seterusnya mereka bangkit dalam satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur pada pada 25.11.2007 hingga mencetuskan rusuhan.
Tidak berhenti di situ, PKR, PAS ,DAP dan HINDRAF  terus mencanang kes berkenaan hingga menjadi semakin kronik yang akhirnya kita semua dapat menyaksikan hampir 100 peratus orang-orang india menolak BN dalam PRU 2008 hingga menyebabkan BN hilang tampuk kuasa di negeri Selangor.
Setelah membentuk kerajaan pada Mac 2008 dan sebaik sahaja pentadbiran pimpinan Khalid Ibrahim memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mereka telah mengeluarkan arahan supaya sebarang kuil atau rumah ibadat lain yang wujud sebelum 2008 agar tidak dirobohkan.
Bagaimanapun itu hanya janji sewaktu mereka baru mendapat kuasa. Itu hanya janji sebelum mereka nampak wang ringgit. Apabila sudah nampak wang ringgit, segalanya boleh berubah.
Semenjak mereka memerintah banyak kuil yang telah dirobohkan. Antaranya di Kajang dan Shah Alam. Salah sebuah kuil di Subang Jaya yang berusia 124 tahun (kuil Seafield Sri Maha Mariamman) juga sedang menunggu masa untuk dirobohkan. Perkara berkenaan boleh dibaca diwww.sinarharian.com.my.
Seperti yang diketahui umum banyak kuil-kuil di Selangor dibina tanpa mendapat kelulusan PBT. Ini kerana kebanyakannya dibina sejak zaman-berzaman. Ketika itu banyak orang-orang india berkerja di estet, dan mereka mendirikan kuil mengikut tempat dimana mereka berada untuk memudahkan mereka beribadat. Sekarang ini kebanyakan estet-estet telah bertukar menjadi bandar. Untuk tujuan pembangunan maka sudah tentu kuil-kuil terebut terpaksa diroboh atau dipindahkan.
Masalah utamanya di sini adalah tentang sikap bermuka-muka parti PKR, DAP dan PAS. Sewaktu mereka menjadi pembangkang mereka berpura-pura simpati kepada orang-orang hindu yang tempat beribadat mereka dirobohkan. Dalam masa yang sama mereka menghasut agar orang-orang hindu membenci BN.
Sekarang apabila mereka menjadi kerajaan mereka juga menghadapi masalah sepertimana yang kerajaan BN Selangor hadapi dulu dalam berhadapan dengan kuil-kuil haram. Cara mereka bertindak juga sama. Iaitu robohkan kuil yang dibina secara haram. Kini baru mereka tahu apa yang dilakukan oleh BN dulu adalah betul.
Namun begitu keadaan di zaman mereka lebih teruk dan lebih zalim. Kuil yang dirobohkan di Padang Jawa pada tahun 2007 hingga membawa kepada kebangkitan penganut-penganut hindu di Kuala Lumpur dan penolakan ke atas BN pada PRU 12 dilakukan dengan perintah mahkamah kerana tuntutan dari pemilik tanah.
Kini di bawah pemerintahan PKR seribu kali lebih teruk, sampaikan tempat beribadat orang hindu di dalam kawasan rumah sendiri pun mereka masuk dan robohkan.
Itulah yang terjadi di Sepang beberapa minggu lepas sepertimana gambar-gambar di bawah yang diberikan kepada wakil kami oleh penduduk Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Untuk melepaskan tengkuk sendiri, orang yang dipertanggungjawab bagi menguruskan hal ehwal kaum india di Selangor, Xavier Jayakumar dengan pantas berkata apa yang terjadi itu adalah sabotaj. Perkara tersebut dilaporkan melalui lawan web rasmi kerajaan Selangor, www.selangorku.com .
Bagaimanapun dua hari lepas Xavier telah berubah nada apabila mengeluarkan kenyataan yang lebih keras dengan mengatakan kerajaan Selangor tidak akan menggantikan tempat beribadat yang dirobohkan sepertimana yang dilaporkan oleh www.antarapos.com.
Jika benar ia perbuata sabotaj mengapa pula kerajaan negeri enggan menggantikannya ?
Inilah kelebihan yang ada pada PKR. Kelebihan memutar belit untuk sentiasa meletakkan kesalahan kepada musuh bagi melepaskan diri mereka. Kuil diroboh zaman BN mereka menuduh BN yang zalim. Tempat beribadat dirobohkan di zaman mereka pula dituduh perbuatan sabotaj untuk menuding jari kepada BN.

Sumber : SEL13.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan