SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 24 Disember 2012

PANAS TERIK!! Benarkah Kerana Sumpah Baiah, Fauzi Shaari Tinggalkan PAS Selepas 7 Bulan?


PANAS TERIK!! Benarkah Kerana Sumpah Baiah, Fauzi Shaari Tinggalkan PAS Selepas 7 Bulan?

Fauzi teraniaya

Sedang heboh berita tentang bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari yang kesal selepas 7 bulan menyertai PAS, dia baru sedar yang dia telah tertipu dengan slogan PERJUANGAN ISLAM PAS. Alasan kekesalannya itu adalah kerana SUMPAH BAIAH yang sebelum ini banyak diperkatakan, tetapi dinafikan dan dikatakan KARUT oleh kepimpinan utama PAS, termasuklah oleh Presiden PAS yang sekarang ini sedang menyembunyikan dirinya lantaran AMANAT HAJI HADI yang masih hangat diperkatakan. 

Ramai yang membuat spekulasi, Fauzi Shaari telah tawar hati dan akan keluar dari PAS kerana SUMPAH BAIAH cerai talak tiga dengan isteri masing-masing apabila keluar dari PAS. 
Benarkah spekulasi berkenaan? 
Baiah Cerai Talak Tiga sebenarnya sudah lama diperkatakan tetapi para pemimpin PAS bermati-matian cuba menafikan kewujudan BIDAAH DHOLALAH tersebut. Ahli-ahli PAS, terutama sekali yang mempunyai kedudukan, pengaruh mahupun pemimpin kecil diminta berbaiah dan bertakliq sekiranya keluar dari PAS, maka isteri masing-masing akan tercerai dengan sendirinya dengan talak tiga. 
Takliq itulah yang membuatkan ramai orang PAS terpaksa memendam rasa dan menjeruk perasaan melihat kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh para pemimpin PAS. Manakala para pemimpin PAS pula, bermaharajalela dan sentiasa berada dalam keadaan selesa serta selamat kerana sumpah baiah cerai talak tiga itu. 
Dengan meletakkan wanita dan isteri seperti haiwan ternakan, para pemimpin PAS yang cukup hebat dan kreatif berputar belit dengan hukum-hakam agama, menambat pula para penyokong mereka agar terus menyokong PAS walaupun PAS ternyata telah melakukan kesalahan dan kesilapan. PAS dan para pemimpinnya terutama yang bertanding dalam pilihanraya tidak boleh sama sekali diengkari.
Agak aneh juga, sebagai seorang bekas pegawai tinggi polis, Fauzi Shaari tidak tahu tentang BAIAH CERAI TALAK TIGA. Walaupun  Fauzi Shaari merupakan seorang manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan dan kealpaan, namun berita tentang BAIAH CERAI TALAK TIGA sudah banyak kali diperkatakan. 
Apakah kerana 'tiada bukti' seperti yang seringkali ditegaskan oleh para pemimpin dan penyokong PAS, maka Fauzi Shaari tertipu? Apatah lagi para pemimpin PAS juga cukup hebat berlakon untuk meraih simpati dan memperlihatkan seolah-olah mereka adalah mangsa fitnah dan konspirasi jahat, walaupun sebenarnya, merekalah yang terjahat dan sentiasa mencari-cari jalan untuk memperdayakan umat Islam, terutama bagi mereka yang kurang berpengetahuan selain lemah iman. 
Bagaimanapun, keadaan semasa menjadikan Fauzi Shaari sebagai 'mangsa' oleh para penyokong dan pemimpin PAS. Apakan tidak, sebelum ini, Fauzi Shaari merupakan CALON FAVOURITE untuk kerusi Parlimen Larut. HENTAKAN KAKI oleh menantu Presiden PAS, Mohd Akmal Kamaruddin yang terus menerus mensabotaj Fauzi Shaari, barangkali telah turut merencatkan hati bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman itu. 
Puncanya, Mohd Akmal Kamaruddin telah mencalonkan dirinya sendiri untuk kerusi Parlimen Larut mewakili PAS. Bagaimanapun, PAS Perak yang melihat Fauzi lebih kukuh dan  mempunyai ahli keluarga yang lebih ramai berbanding Mohd Akmal, memandangkan Fauzi adalah anak jati Larut berbanding Mohd Akmal yang merupakan orang luar, berada dalam serba-salah apabila Mohd Akmal menggunakan KUASANYA SELAKU MENANTU Presiden PAS. Keadaan itu menimbulkan keributan di kalangan PAS Larut dan Selama. (BACA DI SINI)
Sama ada kerana Fauzi Shaari disabotaj oleh menantu Hadi Awang atau sebaliknya, yang pasti sekarang ini satu lagi 'RAHSIA' besar dalam PAS, perlu diperjelaskan oleh para pemimpin PAS. Apakah kali ini mereka akan masih berdalih kononnya, semua itu fitnah semata-mata seperti yang kerap mereka lakukan sebelum ini? Atau mereka juga akan mendiamkan diri dan berpura-pura pekak dan tuli sebagaimana yang dilakukan oleh Presiden PAS berhubung AMANAT HAJI HADI yang kembali diperkatakan? 
Bagaimana pula dengan Fauzi Shaari? Adakah dia akan mengisytiharkan dirinya keluar dari PAS atau dia sebenarnya sekadar mahu menarik perhatian memandangkan dia sudah berada dalam keadaan tersepit akibat sabotaj MENANTU HADI AWANG? 
Tidak perlu menunggu lama untuk melihat keputusannya…

1 ulasan: