SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Isnin, 17 Disember 2012

PANAS TERIK!! HEBAT DENGAN ORANG BUNIAN PUN PAS CERAMAH...?


PANAS TERIK!! HEBAT DENGAN ORANG BUNIAN PUN PAS CERAMAH...?

Nampak? Siapa tak nampak pendek umur. Jika berlaku fenomena ini tok-tok lebai Pas akan berkata orang bunian pun sudah jadi ahli Pas.

Memang hebat politik DAP. Sekali bentak sahaja PAS bersikap lembut dan luruh azam yang mendorong ia memperkenalkan undang-undang kecil MPKB berhubung interaksi jantina di Bandaraya Islam dua puluh tahun lalu. 

 
Paling penting sekarang, PAS sudah mendapat pengakuan DAP bahawa ia kini “pembela Islam” kerana telah memberikan banyak sumbangan pada aktiviti Islam di Pulau Pinang misalnya dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan Islam dan pemimpin PAS. 
 
Nampaknya kini kurang perlulah pihak gerakan Islam lain seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM) bersusah payah mempertahankan Islam dan pemimpin PAS. DAP sudah memadai.
 
Lebih penting daripada itu PAS pun kini tidak perlu sokongan daripada Jemaah Islam lain, terutama parti politik seperti Umno. Sikap pragmatik PAS sudah cukup untuk menjalin hubungan akrab dengan DAP.
 
Apakah pragmatisme kini jadi anutan PAS? Matlamat menghalalkan cara? Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengulangi sikap parti itu sekali lagi bahawa kerjasama PAS-DAP ada matlamat yang lebih besar iaitu untuk menawan Putrajaya. Memang cukup pragmatik.
 
tu perjuangan PAS sekarang. Matlamatnya mahu memerintah Malaysia. Maka roh Islam (sejak dua puluh tahun dahulu) untuk menyusun akhlak ummah supaya tidak terjebak dalam kesongsangan pergaulan sosial apabila bercampur lelaki dan wanita bukan muhrim di kaunter bayaran atau bercengkerama di khalayak umum, kini luruh sama sekali.
 
Ini semua untuk meyakinkan pengundi bukan Islam jika PAS memerintah, mereka tidak perlu bimbang untuk bercengkerama dan bermesra dengan pasangan mereka di Bandaraya Islam seperti Kota Bharu. Itu hak mereka sebagai bukan Islam dan ini dijamin oleh PAS.

Malangnya, sempena Kongresnya kali ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat penegasan baru Malaysia akan jadi Negara sekular kerana undang-undangnya sekular. Itu impian DAP.
 
Bagi DAP matlamat “amar makruf nahi mungkar” yang menjiwai peraturan kecil Bandaraya Islam Kota Bharu adalah masalah pentadbiran dan tiada kena mengena dengan jiwa ajaran Islam. PAS hanya boleh akur. Demi Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan