SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 25 Disember 2012

PANAS TERIK! Bukti Abang Kepada Nizar Mengaku Perjanjian Rahsia Antara PAS dan DAP Untuk Dia Jadi MB.


PANAS TERIK! Bukti Abang Kepada Nizar Mengaku Perjanjian Rahsia Antara PAS dan DAP Untuk Dia Jadi MB..

Bukti yang dikeluarkan oleh Pisau berjaya menggemparkan arena politik negara (http://www.pisau.net/2012/12/hot-tanah-10526-ekar-sebagai-syarat.html).


Nampaknya pendedahan yang dibuat oleh otai blogger, Pisau telah membuatkan MyMassa terkenang kembali pengakuan abang kepada Nizar Jamaluddin. MyMassa pernah keluarkan artikel hasil tulisan Anak Jati Perak ini semasa MyMassa bergerak secara portal (MyMassa.com).

Contoh yang terbaik ialah rakyat negeri Perak sendiri terkejut dengan pendedahan Mohd. Fadzil Jamaluddin, Abang kepada MB Perak, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin bahawa wujudnya ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani dengan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Negeri. Intipati perjanjian ini antara lain melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam dan terma-terma politik yang berkaitan PAS atau bahasa Arab seperti hudud dan Qisas.

Antara isi kandungan ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) Nizar Jamaluddin ialah:
1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.
3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut wakil speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Ianya berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Mohd. Fadzil Jamaluddin yang disiarkan oleh akhbar Utusan.

Abang anggap MB Perak ibarat kacang lupakan kulit 
Oleh HASHIM P. MAMAT

KUALA KANGSAR 6 Julai - Abang Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin menganggap adiknya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang.

Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga.

Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara.

Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.

''Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara.

''Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

''Parti UMNO yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya yang telah membantu kami, perjuangan parti itu membela orang Melayu telah membolehkan ramai adik beradik saya masuk ke universiti," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Program Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gerakan Belia 4B Perak di sekolah Menengah Teknik Padang Rengas di sini hari ini.

Mohammad Nizar merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science and Technology di Birmingham, England.

Mengulas lanjut, Fadhil yang juga pensyarah Institut Perguruan Darul Aman Jitra, Kedah berkata, orang Melayu sepatutnya sedar tentang perjuangan UMNO dan BN yang sehingga kini telah berjaya melahirkan ramai daripada kalangan bangsanya menjadi orang berjaya.

Justeru, jelas beliau, adalah tidak manis sekiranya seseorang yang telah berjaya hasil daripada perjuangan UMNO dan BN akhirnya bertindak menentang kerajaan pula.

''Saya berasa bangga di atas usaha kerajaan BN yang memerintah negara selama 50 tahun kerana berjaya melahirkan anak-anak Melayu yang berjaya dalam pelbagai bidang.

''Mereka yang berjaya itu termasuklah adik saya yang kini menjadi Menteri Besar Perak. Jadi saya rasa semua yang berjaya termasuk adik saya tidak boleh menafikan perjuangan UMNO dan BN selama ini," ujar beliau.

SokonganJusteru, Fadhil menyeru semua pihak terutama sekali adiknya itu supaya memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pemerintahan kerajaan BN yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, perjuangan UMNO tetap berpegang pada Islam dan memperjuangkan hak orang Melayu dan tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bangsa-bangsa lain.

''Saya kesal apabila pada masa ini ramai yang telah berjaya seakan-akan melupakan jasa pemimpin pelbagai bangsa terdahulu yang sanggup bersatu dan bersetuju dengan kontrak sosial untuk mencapai kemerdekaan negara.

''Mereka ini macam orang tak tahu sejarah kerana saya dapat lihat pihak pembangkang dengan lantang sengaja mengapiapikan soal ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah tercatat di dalam Perlembagaan," katanya.

Kata Fadhil, beliau difahamkan bahawa kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh adiknya dari parti Pas telah menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang menteri besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam.

Difahamkan, dalam perjanjian itu Mohammad Nizar sebagai menteri besar juga tidak boleh menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Katanya, ini akan mengubah persepsi orang Melayu terhadap kontrak sosial yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan masyarakat lslam dan juga orang Melayu.

Beliau tidak menafikan perjanjian tersebut jika ditunaikan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak bakal menimbulkan implikasi besar dan akan mewujudkan penentangan besar-besaran oleh orang Melayu.

''Jadi saya harap UMNO Perak bangkit bagi mengembalikan maruah bangsa dan agama lslam yang kini cuba diperalatkan di bawah 'Perjanjian Pangkor II' kerana ia jelas bertentangan dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini," katanya.

Difahamkan, DAP telah meminta Nizar menandatangani surat 'Perjanjian Pangkor II' sebelum bersetuju melantik wakil Pas itu menjadi Menteri Besar Perak.

Sudah terang lagi bersuluh. Pendedahan yang dibuat pada 7/7/2008 terbukti dikukuhkan lagi pada tahun 2012. Rupa-rupanya Perjanjian Pangkor II tidak terhenti kepada 4 syarat tetapi juga menggadaikan 10,526 ekar tanah di Kelantan yang bernilai RM30juta. Jika pada Perjanjian Pangkor pertama, Orang Melayu bukan sahaja tergadai kuasa, malah banyak tanah-tanah juga diambil oleh Inggeris untuk dijadikan ladang estet. Seperti dejavu, ianya juga menimpa orang Melayu pada alaf baru ini yang mana tanah estet juga menjadi taruhan. Untuk makluman pembaca, bukti kepada Perjanjian ini adalah Nizar sendiri ketika menjadi MB yang mengaku bahawa PAS tak perjuangkan Negara Islam semasa sidang DUN Perak.



Jangan lupa, selain daripada tergadainya 10,526 ekar tanah, pemberian 999 tahun pajakan yang dibuat oleh Nizar juga merugikan orang Melayu.

*Kalau ada pihak yang boleh temubual kembali abang Nizar ni lagi bagus. Mungkin ada rahsia lain yang akan terbongkar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan