SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 4 Januari 2013

@NgehKooHam Diberi kata dua, Serah balik tanah atau Letak Jawatan???

Ngeh Koo Ham Diberi kata dua, Serah balik tanah atau Letak Jawatan???



Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham diberi dua pilihan sama ada menyerah balik tanah rakyat termiskin seluas 4,000 hektar(10,526 ekar) Relai, Daerah Chukai, di Gua Musang, Kelantan kepada rakyat di negeri tersebut atau meletak jawatan sebagai ahli politik.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memulihkan semula reputasi beliau sebagai pemimpin kanan DAP.

"Saya berpendapat Khoo Ham perlu menyerahkan tanah milik rakyat yang mungkin diperoleh secara manipulasi politik. Kalau beliau ada pemikiran mahu berniaga, lebih baik letak jawatan sahaja," katanya 




Semalam, Koo Ham enggan mengulas kemarahan rakyat Kelantan berhubung tindakan kerajaan Pas negeri itu meluluskan tanah kepada syarikat milik penuh beliau, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd bagi melaksanakan projek pembalakan.


Sebelum itu tanah rakyat Kelantan miskin telah dirampas bagi memberi laluan kepada syarikat dari luar untuk mengambialih tanah.

2 ulasan: