PANAS TERIK!! DICERAI SEBAB ENGGAN JADI AHLI PAS...
PASIR MAS: "Saya lepaskan semua jawatan dalam UMNO cawangan demi menghormatinya. Saya laksanakan apa yang dikehendakinya dan mengajar bekas suami membaca al-Quran sehingga pandai tetapi saya masih dikatakan sesat."
Demikian luahan hati seorang guru agama, Che Hasnah Che Ahmad, 62, ketika menceritakan pengalamannya berumah tangga dengan bekas suaminya yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi dan menjadi pengikut tegar PAS.
Che Hasnah berkata, sebagai seorang isteri yang mahu patuh kepada suami, dia sanggup berkorban dan tidak terlibat dalam politik kerana menghormati suaminya namun ia masih belum cukup kerana selagi tidak menjadi ahli Pas, dia tetap kafir di mata bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78.
"Sebelum dia berkahwin dengan saya dia langsung tidak menghadiri kenduri kahwin orang UMNO, tidak makan daging sembelihan orang UMNO tetapi selepas kahwin, saya menasihatinya dan ada masanya dia akan datang juga ke kenduri kahwin.
Che Hasnah berkata, sebagai seorang isteri yang mahu patuh kepada suami, dia sanggup berkorban dan tidak terlibat dalam politik kerana menghormati suaminya namun ia masih belum cukup kerana selagi tidak menjadi ahli Pas, dia tetap kafir di mata bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78.
"Sebelum dia berkahwin dengan saya dia langsung tidak menghadiri kenduri kahwin orang UMNO, tidak makan daging sembelihan orang UMNO tetapi selepas kahwin, saya menasihatinya dan ada masanya dia akan datang juga ke kenduri kahwin.
"Tetapi yang pasti dia tidak pernah sembahyang dengan berimamkan orang UMNO malah suami saya percaya semua solat, semua kebaikan yang dilakukan ahli UMNO tidak akan membawa ke syurga," dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chabang Tiga, Chetok, di sini hari ini.
Che Hasnah diminta mengulas pendedahan bekas penyokong tegar PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani mengenai masih ramai penyokong berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan mereka yang tidak bersama PAS.
Menurut Che Hasnah, sebelum berkahwin, dia merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan di kampung itu tetapi atas permintaan bekas suaminya, dia telah melepaskan jawatan berkenaan dan menumpukan tugasnya sebagai seorang isteri dan guru agama.
Bagaimanapun dakwa beliau, ketaksuban bekas suaminya terhadap amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1981 sentiasa menjadi pegangan ahli tegar parti PAS.
"Bahagianya hidup kami suami isteri apabila saya turut mengajarnya membaca al-Quran sehingga pandai tetapi dia masih tidak menghargai saya menyebabkan hati saya sakit sampai sekarang.
"Walau bagaimanapun, tiga orang cucunya dan seorang menantunya masih belajar agama dengan saya dan saya gembira kerana mereka tidak terlibat dengan perkara ini," katanya yang mengajar lebih 100 anak murid berumur antara 6 hingga 55 tahun.
Utusan Malaysia pada 11 Julai lalu melaporkan mengenai tindakan Yahaya menceraikan Che Hasnah di Mahkamah Pasir Mas di sini dikatakan hanya disebabkan keenganan wanita itu menjadi ahli PAS walaupun telah dipaksa beberapa kali.
Kata Che Hasnah lagi, sejak terlibat dalam politik dia telah melihat pelbagai perbuatan 'mengharamkan' orang UMNO yang dilakukan ahli PAS dan tidak menyangka akhirnya dia sendiri menjadi mangsa.
Sehubungan itu, dia menyeru Abdul Hadi agar menarik balik amanat itu demi kebaikan umat Islam dan mengelakkan lebih ramai keluarga bercerai.
"Pernah satu masa apabila Muslimat PAS langsung tidak mahu bersalaman dengan Wanita UMNO kerana bagi mereka kami kafir walaupun sama-sama perempuan, jadi tolonglah hentikan masalah ini," tambahnya.
(SUMBER)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan