SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 11 Januari 2013

WAJIB BACA!! Niat Jahat Pembangkang Pada Demo KL112 Yang Anda Perlu Tahu


WAJIB BACA!! Niat Jahat Pembangkang Pada Demo KL112 Yang Anda Perlu Tahu..



Keganasan merupakan elemen penting dalam setiap demontrasi yang diadakan diseluruh negara. Jika aman sesuatu demontrasi maka adalah yang tidak kena kerana tampa elemen keganasan demo tersebut tidak berjaya mendapat perhatian.

Bermula petang ini pihak Pakatan Pembangkang sudah mula berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman bagi menghadiri upacara besar mereka esok yang digelar Himpunan Kuala Lumpur 112 (KL112). Mungkin kita rakyat yang tidak tahu apa apa merasakan himpunan mereka ini akan berjalan dengan aman tetapi percayalah agenda mereka yang sebenarnya adalah KEGANASAN.



Pihak pembangkang telah cuba melakukan pembohongan sebelum Demo mereka berlangsung dengan menyatakan pihak Kerajaan, Polis dan pihak pihak yang terlibat cuba mensabotaj Demo mereka yang kononya mahu diadakan secara aman.

Menurut Mat Sabu Presiden HKL112 demo yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur telah dinafikan pihak Polis. Malah gerombolan penyokong mereka telah menyalahkan pihak Polis dalam pekara ini.

Hakikat yang sebenar mereka Pakatan Pembangkang telah pun memohon kepada pihak Pengurusan Stadium Bukit Jalil untuk menyewa Staidum tersebut bagi perhimpunan yang mereka adakan pada 12 hb Januari. Namun ekoran matlamat mereka yang sebenarnya mahukan keganasan dilakukan di Kuala Lumpur agar dunia luar melihat apa yang berlaku maka lokasi telah ditukar ke Kuala Lumpur walaupun tampa kelulusan dari pihak Polis yang menjaga keselamatan negara.

Mat Sabu dan pimpinan Pakatan yang lain cuba menafikan yang mereka telah memohon Stadium Bukit Jalil dan menyatakan bahawa pihak Polis sengaja berbohong bagi menaikkan amarah pendemo Pakatan Pembangkang.

 
Mat Sabu Sendiri Meminta Stadium Bukit Jalil

Dokumen diatas ini merupakan surat dari Mat Sabu kepada pihak Perbadanan Stadium Bukit Jalil untuk menyewa Stadium pada tanggal 12 Januari 2013. Dokumen yang ditandatangi beliau yang mana Gomo cabar Mat Sabu untuk menafikan dokumen ini ataupun menyaman pihak Pengurusan Stadium Bukit Jalil.
 
Jelas matlamat mereka bukan Himpunan Secara Aman

Kempen Pakatan Pembangkang yang cukup agresif sejak berbulan ini bagi mengajak rakyat berhimpun di Kuala Lumpur sememangnya mempunyai niat yang tidak baik. Dari risalah risalah yang diedarkan mereka memperlihatkan matlamat mereka yang sebenar adalah mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur dan bukannya berhimpun secara aman sepertimana yang mereka katakan kepada pihak media dan rakyat Malaysia.

Gomo juga merasa yakin mereka Pakatan Pembangkang akan melakukan propaganda kepada pihak Polis agar pihak Polis bertindak ke atas mereka. Dan adalah tidak mustahil satu kerja kotor yang akan mereka lakukan yang mana menghasut rakyat yang menujukkan pihak Polis yang mencetuskan provokasi ke atas mereka.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 boleh dilakukan jika benar Pakatan Rakyat ikhlas dengan niat mereka. Staidum Bukit Jalil yang mampu menampung 100 ribu orang lebih adalah amat sesuai untuk melakukan himpunan secara aman.

Jika UMNO boleh berhimpun secara aman di Stadium Bukit Jalil dengan kehadiran 120 ribu orang mengapa tidak Pakatan Pembangkang melakukan pekara yang sama? Mengapa perlu dilakukan di Kuala Lumpur yang sempit dengan menggangu ketenteraman awam?

 
Agenda Mereka yang sebenar

Percayalah bahawa ada agenda jahat yang mereka akan lakukan pada hari ini 11 Januari dan esok 12 Januari bagi mencetuskan huru hara dan kekecohan. Kempen mereka yang ganas pada Demo Bersih 3.0 yang lalu pastinya menggingatkan rakyat Malaysia bahawa matlamat mereka yang sebenar adalah KEGANASAN!!!

Psssttt.....Jika niat mereka bersih sudah pasti Bukit Jalil lokasi himpunan aman mereka. 

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan