Kes Deepak : Rafizi #kantoi menipu lagi? #PenipuRakyat
KUALA LUMPUR, 2 Jan - Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.
"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen.
"Saya juga tidak pernah melalui seseorang (proksi) memberikan sebarang dokumen itu kepadanya. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," katanya.
Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.
"Secara jujur saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi. Saya rasa ianya bertujuan untuk mensensasikan isu (urusniaga tanah) dan saya sekali lagi berkata tidak pernah melihat dokumen itu.
"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.
Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.
Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut yang dipaparkan dalam blog beliau rafiziramli.com
Ditanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata "Syarikat itu memang milik saya, namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat saya."
Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan