SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 31 Januari 2013

#RCISabah - Selepas Malaysiakini kantoi siar surat palsu, @MahfuzOmar pula kantoi? #FaktaBukanAuta


#RCISabah - Selepas Malaysiakini kantoi siar surat palsu, @MahfuzOmar pula kantoi? #FaktaBukanAuta


#RCISabah : Fakta Prosiding Yang Tidak Disiarkan, KP PAS Sabah Akui Mahfuz Omar Pengundi Hantu!


http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/01/rcisabah-fakta-prosiding-yang-tidak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+DoubleY-OmongKebenaranTangkisPembohongan+%28Double+Y+-+Omong+Kebenaran+Tangkis+Pembohongan...%29

Sengaja lambat kemas-kini maklumat tentang RCI, kalau cepat-cepat update sudah tentu kita tidak dapat melihat aksi 'spinning' daripada media-media yang dibiayai oleh yahudi yang sehingga kini berusaha untuk mengjahanamkan negara.

Jika semalam Boo Su-Lyn secara terangan menokok-tambah laporan mengenai keterangan DSP Badaruddin, perhatian saya hari ini tertumpu kepada tiga berita berkaitan RCI yang dilaporkan malaysiakini.



Gambar di atas antara berita berkaitan RCI yang dipilih untuk dilaporkan oleh malaysiakini, yang mana kesemua laporan tersebut memberi persepsi negatif terhadap kerajaan.

Selain memberikan tanggapan negatif masyarakat terhadap kerajaan, ia turut menggambarkan betapa mudahnya untuk seseorang warga asing itu memperolehi IC biru di Malaysia.

Soalan : Benarkah pendatang asing mampu memperolehi IC dengan mudah sebaik saja datang ke Malaysia sebagaimana mudahnya anak Mahfuz Omar membeli bekalan dadah di Pokok Sena?

Berdasarkan berita yang dilaporkan malaysiakini, ia nampak mudah. Tetapi apa kata kita teliti pula keterangan saksi lain yang mana keterangan mereka sama sekali tidak akan disiarkan oleh malaysiakini begitu juga malaysia insider.

Jika malaysiakini hanya memilih keterangan daripada Nasir Yusof saksi ke-44 (SP44) dan Sioh Jabidi saksi ke-40 (SP40) dalam berita mereka. Saya 'up' sikit, di mana saya akan berikan fakta keterangan daripada empat orang saksi iaitu saksi ke - 38, 41,42 dan saksi ke-46.

Keterangan saksi (SP38) Lung Sim Yee :
1. Puan dilahirkan di China 27 Ogos 1959? 
SP38 : Benar.
2. Adakah benar puan dilahirkan di China berdasarkan no ic kod kelahiran 74? 
SP38 : Ya benar.
22. Adakah kamu setuju kamu menghadapi kesusahan untuk mendapat ic Malaysia walaupun kamu berkahwin dengan warga tempatan? 
SP38 : Ya. Setuju.
Kesimpulan keterangan daripada SP38 Lung Sim Yee yang memasuki dan tinggal di Sabah melalui proses teratur. Dia telah menjalani satu persatu prosedur permohonan taraf kewarganegaraan.

Ini membuktikan bahawa kerajaan telus menerima permohonan dan individu tersebut perlu melalui banyak prosedur walaupun ia berkahwin dengan warga tempatan.

Kita lihat pula keterangan SP41 Degon Bin Amy dan SP42 Nisa Binti Rahman :

Kedua-dua saksi adalah pendatang dari Filipina yang beragama Islam selain tidak memiliki apa-apa dokumen walaupun telah 10 tahun tinggal di Sabah.

Kedua-dua saksi ini juga masih ditahan dan sekarang berada di Pusat Tahanan Sementara menunggu proses pengusiran.

Kesimpulan daripada keterangan SP41 dan SP42 jelas bahawa kerajaan tetap tidak memilih bulu walaupun pendatang tersebut beragama Islam, sekaligus menafikan tuduhan bahawa projek IC di Sabah bertujuan meramaikan pengundi Islam.

BACA DENGAN LEBIH LANJUT DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan