SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 8 Januari 2013

INFO AKjr : Kedudukan UTC Perak Strategik, Mercu Tanda Terbaru Di Ipoh: DS Zambry


INFO AKjr : Kedudukan UTC Perak Strategik, Mercu Tanda Terbaru Di Ipoh: DS Zambry


Kedudukan strategik Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak yang berada di tengah-tengah bandaraya Ipoh dilihat berpotensi merancakkan semula pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di bandar lama, sekaligus menjadi satu lagi mercu tanda kebanggaan bagi rakyat dan negeri Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan negeri amat berpuas hati dengan pelaksanaan projek itu yang hanya mengambil masa tujuh minggu untuk disiapkan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Kewangan.
“Di bawah Pelan Strategi Laut Biru, Kementerian Kewangan telah berjaya menyiapkan UTC Perak, pusat ketiga yang dibuka selepas di Melaka dan Kuala Lumpur.
“Kewujudan pusat ini merupakan strategi transformasi kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat jelata.
“Lebih membanggakan, UTC Perak ini merupakan pusat yang terbesar setakat ini yang berkeluasan 150,000 kaki persegi dan menempatkan 57 agensi kerajaan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat UTC Perak di Ipoh, sebentar tadi.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim.
Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, sejak pusat itu beroperasi awal Januari, sambutan yang diterima pada wargakota Ipoh sangat menggalakkan berdasarkan kutipan hasil yang diperoleh jabatan dan agensi yang membuka kaunter di pusat berkenaan.
“Di sini, pelbagai jabatan kerajaan beroperasi seperti Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan saya difahamkan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
“Dengan kedudukannya yang terletak di kawasan pusat bandar, kita yakin pusat ini akan mendapat sambutan baik daripada rakyat,” katanya.
Pusat berkenaan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali cuti umum dan dahulunya merupakan bangunan pasar raya Super Kinta yang terbiar sejak lebih 10 tahun tahun lalu.
Terdahulu, Zambry turut meninjau projek menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh yang siap sepenuhnya 1 November lalu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan.
Katanya, landasan pendaratan pesawat dinaiktaraf kepada 2 km berbanding hanya kira-kira 1.7 km sebelum ini, sekaligus membolehkan pesawat lebih besar mendarat di lapangan terbang berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan