@NajibRazak Menjadi Pejuang sebenar di Gaza
EL-ARISH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memasuki Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin untuk lawatan kemanusiaan hari ini.
Najib yang dijadual memasuki Gaza pada pukul 10 pagi waktu tempatan, merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin itu.
Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir dan isteri, tiba di Kaherah pada pukul 9 malam tadi, waktu tempatan.
Di Gaza, Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata, Najib juga akan berjumpa dengan anggota-anggota Kabinet dan anggota Parlimen Palestin.
Kemudian Najib dan Rosmah akan diraikan pada majlis jamuan tengah hari oleh Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.
Selepas itu Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.
Sementara itu dalam program berasingan, Rosmah dijadual melawat Hospital Kanak-kanak Nasser di Gaza.
Di hospital itu, Rosmah dijangka memberi ikrar janji sumbangan Malaysia sebanyak RM4 juta untuk hospital berkenaan dan melawat kanak-kanak berbakat di situ. - Bernama
Pssstttt... AKjr : Teman Tabek spring sama Y.A.B PM kita yg dikasihi DS Najib yang betul2 prihatin dgn nasib saudara2 kita di Gaza.. ini baru betul pejuang beb, bukan hanya cakap saja tau!! dan bukan juga mcm puak2 disebelah sana tuuuu... HABUK PUN TARAK!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan