PANAS TERIK : Akhbar Suara Keadilan Menipu Lagi..
Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut. Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.
Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap
menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang
kerajaan. Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh
media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.
Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula
pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan
menggunakan wang rakyat. Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan
cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini
PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam
tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau,
seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara
Keadilan.
Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya
terbalik pula di mana ia menyebut, “Rosmah dilapor memakai subang
bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000
hingga RM500,000.”
Lebih pelik lagi apabila di dalam media
alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000
dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.
Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.
Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam.
Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan
menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali?
Jika takut kisah
subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga
sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar
hanya untuk sebuah jam. Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah
jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke
luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.
Ini tidak
seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar
Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak
tertentu.
Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta
amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta
walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya
kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar
negara beribu-ribu kali setahun?
Jika setiap perbelanjaan Datin
Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka
bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut? Apakah mereka
selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor? Atau wang
Soros? atau wang Yahudi?
Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin
Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet,
perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau
kelulusan. Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk
‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi,
tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.
Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa
bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman
pemimpin mereka yang bersifat peribadi. Untuk ini, kita tidak pasti apa
yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman
peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh
Menteri Besar.
Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba
memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan
Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros.
Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan
tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri
dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.
BN
tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan
peribadi, politik dan kerajaan negeri. Buktinya, ekonomi negara berada
dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa. Tidak mungkin rekod
ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus
dengan baik.
Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah
sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh.
Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan
cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa
merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.
Pssst... AKjr nk menasihatkan kepada editor SUARA KEADILAN ni, cukup2 la kamu memfitnah, menipu, kelentong sana sini.. Rakyat Malaysia dh muak dgn laporan fitnah kamu tu.. Ingatla Allah tu Maha Mengetahui.. Setiap perlakuan pasti akan mendapat pembalasan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan