Wanita Malaysia paling tidak setia!! WAJIB BACA WEII...
( Sekadar Gambar Hiasan )
Nanti, jangan serang saya dahulu. Fakta ini bukan saya reka tetapi daripada kajian sebuah syarikat kondom. Sekali lagi diulang, kondom, bukan kondominium!
Menurut kajian itu yang dijalankan ke atas 29,000 wanita di 36 negara, wanita Ghana adalah yang paling tidak setia. Dilaporkan, 62 peratus daripada wanita negara Afrika itu mengaku pernah menipu suami atau teman lelaki mereka.
Wanita Thailand pula di tempat kedua dengan 59 peratus. Wanita MALAYSIA di tempat ketiga paling tidak setia (39 peratus) manakala Rusia (33 peratus) dan Singapura (19 peratus).
Seorang rakan saya ketika mengulas laporan akhbar mengenai kajian itu di Facebook, berseloroh: “Nasib baik Tunku Abdul Rahman keluarkan Singapura daripada Malaysia. Kalau tidak, nescaya negara kita di tempat yang pertama wanitanya paling tidak setia di dunia.”
Bagi saya, kajian adalah kajian tetapi bukan semua kajian melaporkan sesuatu dengan betul, apa lagi untuk dikatakan tepat dan berpijak di bumi nyata!
Melihat isteri saya sendiri cukuplah. Dalam tempoh 23 tahun mengenalinya secara dekat dan 17 tahun berkongsi katil, saya percaya dia adalah sangat setia. Yang sesekali tidak setia, mungkin saya!
Dan saya juga percaya prinsip dan karakter yang dibawa isteri saya boleh mewakili majoriti wanita negara ini. Mereka juga bukan pengguna kondom – kumpulan yang jadi sasaran syarikat itu!
Justeru, apakah wajar untuk kita terima bahawa wanita MALAYSIA ketiga paling tidak setia daripada kajian yang dijalankan ke atas 29,000 wanita di 36 negara?
Dan jika dilihat daripada tiga negara teratas, MALAYSIA adalah satu-satunya negara umat Islam yang bermakna, MALAYSIA berada di tempat pertama daripada kategori negara Islam yang wanitanya paling tidak setia!
Ini sudah tentu amat menjengkelkan dan sukar untuk kita terima, apa lagi percaya!
Yang jadi persoalan, tidak ada pula dihebahkan kajian mengenai tahap kesetiaan lelaki. Apa mungkin kajian mengenai lelaki sengaja tidak dibuat sedangkan kondom adalah untuk kegunaan berpasangan. Atau mungkin juga hasil kajian mengenai lelaki tidak dihebahkan atas sebab-sebab keselamatan (dibaca: keselamatan dalam rumah tangga).
Walau apa pun hasilnya, kita perlu melihat kepada apa yang berlaku di sekeliling.
Saya mungkin tidak bersetuju untuk mengatakan wanita MALAYSIA paling tidak setia. Namun secara relatif, kita tentunya pernah dengar atau dihadapkan dengan pelbagai kisah ketidaksetiaan wanita termasuk yang sudah berkahwin, beranak pinak malah ada juga yang sudah bercucu.
Status tidak jadi perkiraan untuk menjebakkan seseorang dalam kancah cinta tiga segi selepas berkahwin. Ramai wanita bersuami terlibat dengan kes selingkuh, sama ada dengan anak teruna atau suami orang.
Tidak, saya tidak bermaksud untuk mengatakan lelaki lebih baik berbanding wanita dalam hal ini. Dan saya juga tidak bermaksud untuk memperlekehkan wanita.
Selagi ianya tidak membawa mereka ke atas katil, saya hanya mahu mengatakan soal hati memang sukar untuk ditangani oleh sesiapa jua pun. Orang selalu kata, selagi tidak kena batang hidung sendiri, senanglah cakap!
Akan tetapi hukum tetap hukum. Tanggungjawab kita sendirilah untuk mengingatkan diri masing-masing bahawa perasaan jangan dilayan, apa lagi sehingga melanggar batasan dalam pergaulan.
Jika merasakan terlalu sukar untuk ditangani secara lembut, kita perlu bertegas termasuk melakukan sesuatu yang mungkin boleh melukakan hati orang lain (juga hati sendiri) dengan memutuskan terus ruang atau talian untuk berhubung. Ini untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar, yang boleh pula membawa kepada dosa yang sangat besar.
Sebagai penulis, saya memang biasa dirujuk oleh pembaca yang mengadu hal ehwal masing-masing yang terjebak dengan kes seumpama ini.
Daripada hubungan sebagai kawan sepejabat, jadi kawan paling rapat. Apabila sudah rapat, tidak bertemu, teringat-ingat. Daripada keluar makan, bersama-sama pergi tonton wayang. Daripada tonton wayang, sendiri pula bikin wayang. Daripada yang ringan-ringan, akhirnya jadi yang berat-berat. Daripada kawan sepejabat, kesudahannya terus melekat!
Ini contoh kejadian yang sememangnya banyak berlaku, gambaran daripada orang biasa – lelaki dan wanita yang biasa – yang bukan daripada kumpulan ‘pisau cukur’ ataupun ‘buaya darat’ yang sudah sah berniat sesat.
Ini gambaran situasi bagaimana terjadinya kes suami orang dan isteri orang yang bukan asalnya mahu bercinta tetapi daripada bergurau senda, jadi bertepuk bertampar dan kemudian gosok menggosok hinggalah akhirnya, berlaku sesuatu yang paling dilarang.
Pssstt.. AKjr : Kerana itu kawan-kawan, berwaspadalah ye. Jagalah diri kome dan bini masing-masing!

Sinar HARIAN
12 Oktober 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan