SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 25 Oktober 2012

WAJIB BACA!! MUFTI PERAK BIDAS MULUT LANCANG SOI LEK YANG BIADAB..!!!


WAJIB BACA!! MUFTI PERAK BIDAS MULUT LANCANG SOI LEK YANG BIADAB..!!!




IPOH – Ahli politik yang disifatkan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran kegagalan  penguatkuasaan undang-undang yang didakwa menjadi faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan tersebut.

“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.

Tambah beliau, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya. 

Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.

Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan terancam dengan pelaksanaan hudud.

Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan sekiranya undang-undang dilaksanakan selain mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan.

Psssstt.. AKjr juga mengecam dan membidas sesiapa saja yg mempermain, menghina atau memperkotak katikkan isu Agama Islam ini.. Kepada Puak2 sebelah sana jgn ingat kami org2 UMNO Takut untuk menegur Cina MCA ye.. 

"Katakanlah : Hai Orang2 Kafir, Aku Tidak akan menyembah apa yg kamu sembah, Dan kamu bukan penyembah Tuhan yg aku sembah, Dan aku Tidak pernah menyembah apa yg kamu sembah, dan kamu juga tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yg aku sembah, UNTUKMU AGAMA KAMU.. DAN UNTUKKU AGAMA AKU.." Ayat 1 - 6 ( Surah Al-Kafiruun )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan