FAQ : Isu Tuntutan Royalti Minyak (Versi Ringkas)
Soalan 1
Mengapa artikel ini dibuat ?
Jawapan
Artikel ini adalah versi ringkas untuk fakta-fakta mengenai isu tuntutan royalti minyak.
Versi panjang yang beserta dengan sumber rujukan boleh dilihat disini.
Soalan 2
Kenapa Akta Petroleum 1974 ditandatangani ?
Jawapan
Akta Petroleum 1974 adalah merujuk kepada penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi
dan carigali minyak oleh negeri-negeri kepada Petronas secara mutlak tanpa boleh dibatal.
Soalan 3
Apakah yang dimaksudkan dengan penyerahan hak oleh negeri-negeri kepada Petronas?
Jawapan
Ini bermaksud, penyerahan hak yang dimiliki oleh negeri.Negeri memberikan hak
yang dimiliki oleh negeri yang berada dalam kawasan pantai atau diluar pantai
negeri kepada Petronas.
Soalan 4
Sebagai balasan,apa yang kerajaan negeri dapat daripada Petronas?
Jawapan
Menurut Akta Petroleum 1974, minyak diambil dari dalam pantai atau diluar pantai
negeri akan diberi bayaran tunai.
Soalan 5
Apakah dia sempadan atau kawasan hak negeri ?
Jawapan
Sempadan atau kawasan yang menjadi hak negeri adalah seperti yang digariskan
oleh Kanun Tanah Negara 1965 yang meliputi semua kawasan tanah dan perairan
yang dihadkan kepada had perairan wilayah (territorial waters) kecuali
kawasan-kawasan tertentu seperti tanah rizab dan sebagainya.
Soalan 6
Macam mana nak tahu apakah sempadan perairan wilayah (territorial waters) ?
Jawapan
Sempadan perairan wilayah(territorial waters) disebut dalam Ordinan Darurat 1969
yang digunapakai sehingga December 2011 dan Akta Perairan Wilayah (Akta 750)
yang menggantikan ordinan darurat yang bermula pada Jun 2012. Sempadan
hak negeri adalah kawasan perairan yang tidak melebihi 3 batu nautica.
Soalan 7
Kalau diluar 3 batu nautica, adakah ianya hakmilik negeri ?
Jawapan
Tidak, Ianya menjadi hakmilik kerajaan persekutuan yang mana perairan
wilayahnya adalah sehingga 12 batu nautica dan diikuti pula dengan zone
ekonomi eksklusif negara sehingga 200 batu nautica.
Soalan 8
Kalau ianya bukan hakmilik negeri, bolehkah negeri menuntuk bayaran
tunai seperti yang tertulis dalam Akta Petroleum 1974?
Jawapan
Tidak. Ini kerana penyerahan hak yang dibuat oleh negeri adalah hanya kawasan
dibawah hak negeri. Anda hanya boleh memberi hak kepada orang lain apa
yang menjadi hak anda.
Soalan 9
Kenapa Kelantan diberi wang ehsan?
Jawapan
Kelantan diberi wang ehsan adalah diatas budibicara kerajaan pusat yang berbesar hati
memberi sumbangan wang untuk kegunaan rakyat kelantan.
Soalan 10
Adakah Terengganu layak mendapat wang royalti?
Jawapan
Tidak, Terengganu juga tidak layak mendapat bayaran tunai kerana tempat mencarigali
adalah diluar kawasan hak milik Terengganu.
Soalan 11
Kenapa Terengganu mendapat royalti sebelum ini yang kemudiannya
ditukar kepada wang ehsan dan kemudian kepada royalti semula ?
Jawapan
Sama seperti Kelantan, bayaran ini adalah atas budibicara kerajaan pusat. Samada royalti
atau wang ehsan, ianya merujuk kepada perkara yang sama iaitu bayaran tunai.Cuma
berbeza terminologi.
Soalan 12
Apa beza royalti dengan wang ehsan
Jawapan
Kedua-duanya adalah bayaran tunai. Yang membezakannya adalah, royalti diberi kepada
kerajaan negeri dan wang ehsan disalurkan terus kepada rakyat melalui JPP (Jabatan
Pembangunan Persekutuan). Ianya adalah entiti kerajaan persekutuan di negeri-negeri
untuk urusan pembangunan negeri.
Soalan 13
Bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak? Mengapa mereka diberi bayaran royalti?
Jawapan
Sabah dan Sarawak mempunyai perjanjian lain yang telah ditandatangani tidak
dipunyai oleh mana-mana negeri di Semenanjung yang membolehkan mereka
mendapat bayaran royalti. Perjanjian ini adalah salah satu keistimewaan semasa
kemasukan mereka ke Malaysia.
Soalan 14
Kenapa kerajaan negeri Kelantan melabelkan kerajaan pusat sebagai zalim
kerana merampah haknya?
Jawapan
Mereka berbuat demikian, mungkin kerana terpedaya dengan hasutan yang
mengatakan minyak yang dijumpai adalah hakmilik mereka sedangkan minyak itu
dijumpai diluar sempada negeri mereka.
Soalan 15
Adakah pimpinan Pakatan Rakyat tahu mengenai sudut perundangan ini?
Jawapan
Berdasarkan tindakan Anwar Ibrahim mahu membuat pindaan terhadap Akta Kemajuan
Petroleum 1974 dengan memasukkan kawasan zon ekonomi eksklusif
sebagai kandungan perjanjian membuktikan pimpinan
Pakatan Rakyat tahu mengenai peruntukan undang-undang dalam hal ini.
Ini membuktikan mereka sedar bahawa berdasarkan kebenaran fakta
undang-undang, kawasan carigali itu bukanlah hakmilik kerajaan negeri.
Soalan 16
Bagaimana nak selesaikan kemelut ini?
Jawapan
Sekiranya kerajaan negeri sedar akan hakikat bahawa kawasan penemuan
minyak itu bukan milik mereka, mereka seharusnya menggunakan
pendekatan yang lebih baik untuk memohon pertimbangan budibicara
kerajaan pusat untuk menambah peruntukan wang ehsan atau memohon
dengan cara baik agar wang ehsan itu disalurkan kepada kerajaan negeri seperti
yang dinikmati oleh kerajaan Terengganu. Sekiranya pendekatan yang baik,berbudi
bahasa dan penuh hikmah digunakan, InsyaAllah, kerajaan pusat mungkin
boleh mempertimbangkannya.
Pssstt.. AKjr: Bila fakta sebenar sudah dijelaskan maka kepada penuntut-penuntut Royalti
tersebut harusla faham dan terima hakikat yang sebenarnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan