FAQ: Menjawab Persoalan Mengenai Royalti Minyak (Khususnya Tuntutan Royalti Minyak Kelantan )
1.
Pakatan
Rakyat mahupun penyokongnya selalu memberi label kepada kerajaan
pusat
yang dikuasai Barisan Nasional. Diantara label yang sering diberikan
2.
adalah
“merampas hak rakyat”, “zalim”,”mencuri” dan pelbagai label yang lain.
3.
Apabila
ditanya apakah bukti yang menunjukkan Kerajaan BN ini “zalim” atau
“merampas
hak rakyat”, diantara jawapan yang diberikan adalah merujuk kpd
isu royalty
minyak Kelantan yang kononnya dirampas oleh kerajaan pusat.
4.
Dakwaan
dan tohmahan ini dibuat dan disebarkan dan disertakan dengan
fakta-fakta
sekerat sehingga banyak pihak yang tertipu dan terpedaya.
Malah ada yang
bergelar ustaz pun terpedaya dan turut sama menyebarkan
kecaman-kecaman serupa
tanpa berfikir dan mencari kebenaran
5.
Blog
ini, semenjak awal kemunculannya telah menekankan betapa
pentingnya setiap
individu mencari kebenaran sebelum percaya dengan
segala dakwaan terutama
apabila ianya datang dari orang politik.
Ini kerana sesetengah pihak gemar
mewujudkan persepsi negative
yang membawa kepada politik kebencian.
6.
Kembali
kepada isu royalty minyak. Mari kita lihat satu persatu
dakwaan mereka dan kita
bandingkan dengan fakta kebenaran.
Dakwaan-dakwaan ini saya petik daripada NGO
Gerakan Bertindak
Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan beberapa media/blog
pro-pembangkang.
Dakwaan
1
Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen menggantikan
Odinan
Darurat 1969. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu
79 telah pun
memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat
kuasa-kuasa perlu 1969 dan
oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.
Jawapan
1.
Ordinan
Darurat 1969 tidak pernah dimansuhkan sehinggalah pada
24 November 2011. Ini
lanjutan daripada pengumuman PM bahawa
beberapa proklamasi darurat termasuk
yang berkaitan dengan Akta ISA
akan dimansuhkan. Oleh itu pada 24 November 2011
dan 20 December 2011,
ordinan darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Dewan
Rakyat
dan Dewan Negara. Sehubungan dengan itu, Ordinan Darurat
(Kuasa-kuasa
Perlu) no.7, 1969 yang menjelaskan pensempadanan
wilayah perairan (territorial
waters) juga tidak sah dalam masa 6 bulan
dari tarikh pemansuhan ordinan ini
kecuali sekiranya sesuatu dilakukan
sebelum tamat tempoh ini.
2.
Lanjutan
daripda pemansuhan ordinan ini, pada 18 June 2012,
YDP Agong berkenan
meluluskan AKTA 750 (Territorial Sea Act 2012)
dan di gazetkan pada 22 June
2012.
3.
Perhatikan,
bahawa Akta 750 ini diluluskan sebelum berakhirnya
tempoh 6 bulan
berkuatkuasanya pemansuhan ordinan darurat 1969.
4.
Akta
750, berkenaan dengan `territorial waters’ juga menulis perkara
yang sama
seperti didalam ordinan darurat 1969. Rujuk Rajah 1
5.
Kenapa akta ini penting ? Ini kerana, akta ini menerangkan berkenaan
apa
yang dimaksudkan oleh territorial waters seperti yang terkandung
dalam Kanun
Tanah Negara 1965.
6.
Kenapa perlu rujuk Kanun Tanah Negara ? Ini kerana, Kanun Tanah Negara
menjelaskan
berkenaan `Tanah Negeri’ yang tidak terdapat dalam
Akta Petroleum 1974.
7.
Bukankah Akta Petroleum 1974 dah cukup? Akta Petroleum 1974
adalah hanya untuk
penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali
kepada Petronas.Sebagaimana
Malaysia memberikan hak tersebut
kepada Petronas, demikian jugalah
kerajaan negeri memberi hak
eksplorasi dan carigali kepada Petronas (tanpa
boleh batal).
8.
Bukankah penyerahan hak oleh kerajaan negeri bermakna
hak tersebut pada
asalnya adalah hak kerajaan negeri dan
Petronas diminta membayar tunai? Hak yang diberikan oleh
kerajaan negeri adalah kawasan yang merupakan hak kerajaan
negeri atau sempadan
yang dimiliki oleh negeri. Untuk kawasan
yang bukan hak kerajaan negeri, hak
kepada Petronas diberikan
oleh Kerajaan Pusat.
9.
Macam mana nak tahu hak wilayah kerajaan negeri?
Hak kerajaan negeri termaktub dibawah
Kanun Tanah Negara 1965.
Sila rujuk definasi `Tanah Negeri' pada rajah 2.
Definasi `Tanah Negeri' berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965
Sila perhatikan ayat yang di `bold’ kan. Ianya tertulis territorial waters. Penjelasan
mengenai `territorial waters’ ini dirujuk kepada Ordinan Darurat 1969
(sebelum pemansuhan) dan akta 750(selepas pemansuhan) seperti
yang dijelaskan diatas.
Kesimpulan untuk dakwaan ini
- Ordinan Darurat 1969 tidak dimansuhkan sehinggalah pada November 2011 dan untuk undang-undang mengenai `territorial waters’, ianya digantikan oleh Akta 750 yang digazetkan pada Jun 2012
- Akta Petroleum adalah penyerahan hak oleh Kerajaan Malaysia dan Negeri-negeri kpd Petronas untuk operasi eksplorasi dan carigali.
- Hak milik negeri adalah kawasan didalam sempadan negeri yang merangkumi perairan wilayah yang bermaksud jaraknya yang tidak melebihi 3 batu nautika daripada paras surut air.
Pada 9 Mei 1975 - Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian
di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut bertajuk,
“Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.
Beberapa buah negeri telah menandatangi perjanjian dengan PETRONAS
dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS
dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum
dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.
Jawapan
1. Seperti yang
diterangkan diatas, perjanjian dibawah Akta Petroleum 1974
(akta 144) adalah
untuk Malaysiadan negeri-negeri menyerahkan hak
eksplorasi dan mencarigali
kepada Petronas.
2. Tidak ada
disebut perkataan 5% didalam akta ini.Yang disebut adalah
`bayaran tunai’
kepada negeri. Bayaran ini diberikan sekiranya eksplorasi
dan carigali ini
berlaku di pantai (onshore) atau dilluar pantai (offshore).
Rujuk petikan
perjanjian pada rajah 3. Perhatikan perkataan pantai
dan diluar pantai.
Dakwaan 3
Jarak 150km dari Kota Bharu ke kawasan pengeluaran minyak & gas di JDA tetapi
paip menyalurkan minyak didaratkan ke Songla yang jaraknya 260km dari JDA
(beza 110km) - Penafian HAK Kelantan buat kali pertama!
Jawapan
JDA adalah
kawasan usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan
kerajaan Negara Lain, sebgai
contoh kerajaan Thailand. Pemilihan
tempat pendaratan minyak untuk kawasan yang
dikongsi bersama
perlulah mempunyai kesepakatan ataupun `win-win situation’.Ianya
adalah
melibatkan hubungan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Thailand,
oleh
itu dalam hubungan dua hala antara dua Negara, pendekatan
yang membawa kepada
usahasama dua Negara perlu diutamakan.
Dakwaan 4
Sekali lagi hak Negeri Kelantan ingin dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan
dengan mendaratkan minyak Kelantan ke Terengganu.
Jawapan
1. Minyak
tersebut bukan hak Negeri Kelantan mahupun Negeri Terengganu.
Sila rujuk
jawapan diatas.
2. Petronas
adalah sebuah entity perniagaan dan sebagai sebuah Syarikat
yang besar dan
mempunyai keupayaan menjalankan perniagaan dengan
begitu cemerlang sudah tentu
memilih jalan yang boleh membawa
keuntungan kepada mereka. Mustahil, Petronas
akan memilih
pendekatan yang membawa kerugian. Sudah semestinya,
pemilihan
tempat untuk pendaratan minyak telah mengambil kira
kesemua kos-kos yang
terlibat diantara membangunkan
satu tempat pendaratan baru beserta dengan
kerja-kerja
pemasangan paip dengan hanya membuat
pemasangan paip yang sedikit
panjang tetapi
dapat mengoptimumkan penggunaan pusat pendaratan
dan pemprosesan
di Terengganu.
Banyak factor dan kos yang akan terlibat samada secara langsung
atau
tidak langsung sekiranya satu tempat pendaratan baru perlu dibina
atau ditambahbaik.
operasi carigali dan pemprosesan minyak.
Dakwaan-dakwaan lain (diambill dari blog/media pembangkang)
Dakwaan 5
Kenapa Terengganu mendapat royalty sedangkan jarak tempat carigali minyak
adalah jauh dari 3 batu nautica?
Jawapan
Terengganu sama seperti Kelantan tiada hak keatas minyak yang dijumpai
kerana ianya bukan hak milik kerajaan negeri. Pemberian royalty kepada
Terengganu adalah Ihsan dari PM dan samada ianya ditermakan sebagai
royalty ataupun wang ehsan, kedua-duanya adalah ehsan PM kerana
minyak yang dijumpai bukan milik Terengganu. Inilah sebabnya pada
tahun 1999, bayaran royalty kepada Terengganu ditukar namanya
kepada wang Ehsan kerana ianya hendak disalurkan secara terus
kepada rakyat Terengganu dan bukan kepada Kerajaan Negeri.
Diantara alasan yang diberikan adalah dikhuatiri, Kerajaan Negeri
akan menggunakan wang ini untuk tujuan parti politik dan bukannya
untuk rakyat Terengganu. Bayaran yang dibuat melalui JPP akan
bergantung kepada projek-projek keperluan rakyat.Sebarang projek
yang ingin dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk kebaikan rakyat Terengganu
boleh mendapatkan wang ehsan ini melalui JPP. Kerajaan Persekutuan
mempunyai kuasa merubah bayaran tunai ini adalah kerana minyak
yang dijumpai itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan dan
bukannya kerajaan negeri.
Kerajaan Kelantan juga mendapat wang ehsan seperti mana yang didapati
oleh Kerajaan Terengganu.
Dakwaan 6
Kenapa Sabah dan Sarawak mendapat royalty?
Jawapan
Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah sedia mempunyai kedudukan
tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta
perundangan-perundangan yang memberi hak ke atas kawasan pelantar benua.
Hak kedua-dua negeri ke atas kawasan pelantar benua
termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries)
Order in Council 1954” dan “Sarawak (Alteration of Boundaries)
Order in Council 1954]”.
Ia merupakan sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa
menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Sebagaimana yang termaktub Di dalam Perlembagaan Persekutuan,
perkiraan bayaran kepada Sabah dan Sarawak mengambil kira duti import,
duti eksais, duti eksport petroleum kepada Sabah dan Sarawak serta
hasil perlombongan galian semulajadi.
Ini adalah jaminan kelayakan yang diterima oleh Negeri Sabah dan
Sarawak, yang tidak ada di negeri-negeri Semenanjung.
Soalan tambahan
1. Apakah Pimpinan Pakatan Rakyat sedar akan system Perundangan
yang berkaitan dengan Royalti ini?
Blog ini berpendapat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahu bahawasanya,
kalau berasaskan kebenaran fakta dan perundangan, mereka tiada
hak keatas hasil minyak ini. Oleh kerana itulah Anwar Ibrahim telah
cuba untuk membuat pindaan terhadap Akta Petroleum 1974 pada
tahun 2009 dengan memasukkan kenyataan dibawah pada
seksyen 10 akta tersebut :-
Beliau mahu meminda dan membuat takrifan baru pada perkataan
`diluar pantai’ agar ianya menjadi hak milik kerajaan negeri.
Untuk pengetahuan pembaca, Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ)
adalah kawasan perairan milik Negara yang berada di wilayah
perairan di luar 12 batu nautical sehingga ke 200 batu nautica
(sila rujuk United Nation Convention).
Ini menunjukkan bahawa belia sedar tanpa pindaan pada perkataan
di luar pantai seperti diatas, ianya bukanlah milik negeri tetapi
ianya adalah milik kerajaan Persekutuan.
Ini juga membuktikan bahawa tindakan yang dibuat oleh
Kerajaan Persekutuan adalah berasaskan kepada
undang-undang dan tidak pernah berniat jahat.
2. Apakah penyelesaian kepada kemelut ini
Bagi pendapat blog ini, perkara pertama yang perlu
difahami oleh seluruh rakyat adalah, pentingnya untuk
kita mengutamakan kebenaran daripada politik.
Sekiranya fakta dan kebenaran diutamakan,
tidak akan timbul cubaan untuk menjadikannya isu politik
yang dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu untuk
menimbulkan kebencian rakyat. Ini semua dilakukan
demi survival politik mereka.
Sekiranya kita mengutamakan kebenaran dan tidak terpedaya
dengan hasutan,penipuan dan fitnah yang cuba dilemparkan
kepada Kerajaan Persekutuan maka InsyaAllah kita akan
faham kedudukan sebenar isu ini dan dapat berfikir dengan lebih rasional.
Blog ini juga berpendapat, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan
memahami isu ini dari sudut perundangan dan mereka faham
bahawa mereka tiada hak keatas minyak tersebut, pendekatan
secara rundingan boleh dibuat dengan Kerajaan Persekutuan.
Sekiranya Kerajaan Negeri berunding dengan cara baik kepada
Kerajaan Pusat dan memohon agar dinaikkan sumbangan
atau peruntukan daripada hasil minyak ini, blog ini percaya,
Kerajaan Pusat bersedia menimbangkannya. Mungkin sekiranya
dibincang dengan baik, Kerajaan Kelantan akan mendapat sumbangan
bayaran tunai dengan jumlah yang lebih besar.
Malangnya, mungkin akibat dihasut oleh kelompok tertentu,
Kerajaan Negeri bersikap angkuh dan kasar, melemparkan
pelbagai tuduhan sehingga sanggup mendoakan “pecah perut”
dan sebagainya sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka
berada di pihak yang salah. Sekiranya mereka mengetepikan
politik dan mengutamakan kebenaran, blog ini percaya keputusan
yang memberi kebaikan kepada semua pihak dapat dicapai.
Pssst... AKjr : Kalau ikutkan undang-undang yg termaktub, Kelantan tidak ada hak
untuk menuntut apa-apa royalti/ wang tunai atau apa2 tuntutan sekalipun.. Tetapi
atas dasar Kerajaan BN yang telah lama mngamalkan kebajikan, dgn budi bicaranya
tetap juga diberikan wang ehsan.. Cuma adalah segelintir manusia yg x reti bahasa
atau mungkin ingin menjadi hero rakyat dgn kedegilan dan kebebalan mereka tetap
juga menuntut yg bukan hak mereka.. Jadi apa nk dikata...
salam seperjuangan..mohon pautkan teman gang PCT :)
BalasPadamterima kasih...
http://daengselili.blogspot.com/
blog yop sy dah siap pautkan...
Roger bro..
Padam