SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 14 Oktober 2012

WAJIB BACA !! "BERI RUANG CALON MUDA.." Oleh Sdra. Putra Ketua Pemuda UMNO Bhgian Ipoh Barat



WAJIB BACA !! "BERI RUANG CALON MUDA.." Oleh Sdra. Putra Ketua Pemuda UMNO Bhgian Ipoh Barat


Sdra. Putra Ketika diwawancara oleh SINAR HARIAN (Ahad, 14 Okt.2012)

Sdra.Putra sebagai Ketua Pemuda UMNO Bhagian IPOH BARAT dan Setiausaha Pemuda BN Negeri Perak Menggesa agar pimpinan tertinggi BN Negeri Perak memberi ruang kepada calon muda pada PRU-13 nanti ketika diwawancara oleh wartawan SINAR HARIAN pada hari ini.

Sedikit Petikan Dari Wawancara Tersebut..

Wartawan SINAR HARIAN : PENGERUSI PEMUDA BN, SDRA. KHAIRY JAMALUDDIN MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA 50 PERATUS GOLONGAN MUDA MENYOKONG BAJET 2013 ITU, ADAKAH ANDA BERSETUJU? APAKAH BUKTI YG BOLEH DIKAITKAN DENGAN KENYATAAN ITU?

SDRA. PUTRA : Saya Bersetuju, Ini Kerana BAJET 2013 lebih tertumpu kpd golongan anak muda dan belia yg berusia 21 tahun hingga 30 tahun. Walaupun sesetengah pihak mempunyai pendapat yg bercanggah dgn kenyataan Khairy, harus diingat kita masih mempunyai lebih 20juta rakyat dan 40 peratus daripadanya anak muda sendiri. Bukti yg menyokong kenyataan ini adalah antaranya impak yang diberi secara terus kpd golongan mahasiswa dgn nilai BB1M ( Baucer Buku 1Malaysia ) ditambah ke RM250. Golongan anak muda yg bekerja diluar bandar pula diberi bantuan tunai RM250 utk individu bujang berumur 21tahun keatas dgn pendapatan bawah RM2,000 dan juga RM200 utk pembelian telefon pintar (Smartphone) bagi belia berpendapatan RM3,000 kebawah.

Wartawan SINAR HARIAN : DIPERAK, TIDAK RAMAI ORG MUDA YG DIBERI PELUANG SEBAGAI CALON PADA PRU KE-12 YG LALU, APAKAH PIMPINAN TERTINGGI BN PERAK PERLU MEMBERIKAN LEBIH RUANG DAN PELUANG KPD PEMIMPIN MUDA PADA PRU-13 YG AKAN DATANG?

SDRA. PUTRA : YA. Pimpinan tertinggi BN Perak perlu memberi lebih ruang dan peluang kepada pemimpin muda utk menjadi calon dlm PRU-13 nanti. Statistik menunjukkan 40 peratus anak muda harus dititik beratkan kerana pengundi muda ini memerlukan calon yg mempunyai daya kepimpinan yg dapat membantu rakyat setempat dan kreatif dlm memajukan kawasan dan mendengar luahan kehendak anak-anak muda dikawasan. Sudah diketahui umum, org muda kini mendapat lebih pendedahan dlm mentadbir negara dan mempunyai idealisme yg baik dan lebih bersikap skeptikal. Menjadi wakil rakyat harus mempunyai latar belakang pendidikan yg kukuh, mereka seharusnya merupakan profesional atau separa profesional dlm membantu rakyat jelata. Jelas anak muda kini mempunyai latar belakang yg baik dan calon yg tiada liabiliti politik yg akan merugikan parti. Pengundi juga ingin melihat perubahan yg mendadak dlm BN dan UMNO. Bukan hanya bercakap kosong atau retorik semata-mata, pengundi juga akan percaya apabila parti menampilkan calon-calon muda dlm PRU-13, Transformasi telah benar-benar berlaku dlm BN dan UMNO.

Wartawan SINAR HARIAN : APAKAH USAHA YANG DILAKSANAKAN OLEH PEMUDA UMNO DLM USAHA MENARIK MINAT DAN SOKONGAN GOLONGAN MUDA TERHADAP BN DI PERAK?

SDRA. PUTRA : Banyak usaha yg telah dilakukan bagi menarik minat dan sokongan golongan muda terhadap BN di Perak ini antaranya ialah, kami Pemuda UMNO Perak telah memasuki beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membuka ruang kepada golongan mahasiswa anak Perak utk bersama -sama dgn Pemuda UMNO diBahagian-bahagian yg diduduki mereka secara langsung menjadi ahli dan memberi lebih ruang yg luas dlm mendengari luahan isi hati mereka dlm memperbaiki polisi kerajaan untuk rakyat. Kita juga akan memasuki Pertubuhan saudara baru (MUALLAF) dan mencari ulama' muda utk bersama-sama dgn Pemuda UMNO utk berdakwah dan transform dari dlm Parti utk kita memperkasakan parti. Kita juga menjalinkan hubungan yg sangat baik dgn setiap badan bukan kerajaan (NGO) yg berada didlm negeri Perak.

Wartawan SINAR HARIAN : AKHIR SEKALI, MAMPUKAH BN MENGEKALKAN KUASA DINEGERI PERAK PADA PRU-13 KELAK DAN SEJAUH MANA KEYAKINAN ANDA TERHADAP SOKONGAN RAKYAT?

SDRA. PUTRA : YA Sudah pasti mampu, namun tidak dinafikan bahawa PRU-13 yang akan datang ini akan menjadi medan hidup atau mati untuk BN Perak dalam mengekalkan kuasa yg ada. Kerja kuat dan hubungan secara terus dengan pengundi harus diperbaiki dari semasa ke semasa untuk semua kaum dalam mendapat sokongan padu dari pengundi-pengundi disetiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Perak.

Pssst... AKjr : HARAP PIMPINAN TERTINGGI BN DAPAT MENDENGAR SERTA MENIMBANGKANNYA DAN SETERUS NYA MEMBERI RUANG KEPADA CALON MUDA KHASNYA DINEGERI PERAK DAN MALAYSIA AMNYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan