SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 25 Oktober 2012

WAJIB BACA !! LAPORAN KEJAYAAN DAN KESEJAHTERAAN NEGERI PERAK 2009 - 2011 - @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @azwanbro @putra2388

WAJIB BACA !! LAPORAN KEJAYAAN DAN KESEJAHTERAAN NEGERI PERAK 2009 - 2011 - @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Khairykj @azwanbro @putra2388



KRA 1 Agihan Pembangunan Seimbang

- Pembasmian Kemiskinan 
( RM10.31 Juta ) Untuk membiayaai Mikro Kredit kepada 1362 orang.
( RM13.2 Juta ) Untuk Infra Bina Upaya ( Membaik pulih Rumah ) Iaitu 156 projek bina baru & 241 projek baik pulih di 42 DUN.

- Bantuan Makanan & Perayaan
( RM5.04 Juta ) Untuk Program Ikhlas Bina Upaya Untuk 56,640 penerima dari semua bangsa dan keturunan diseluruh negeri.
( RM1 Juta ) Untuk Program Imarah Bina Upaya Untuk keceriaan musim perayaan.

- Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU), Kanak-kanak & Orang Tua
( RM236.6 Juta + RM56.4 Juta = RM292.8 Juta
Bantuan diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan OKU dan golongan yang kurang bernasib baik.

- Bantuan Rumah
72.04% Pencapaian penyelesaian program setinggan sifar : 10,289 dari 14,282 ( Setakat 31/03/2012 )

- Bantuan Skim Perlindungan Takaful Tabarru'
154,403 orang mendapat bantuan bayaran premium untuk Skim Perlindungan Takaful Tabarru'.



KRA 2 Masyarakat Berkemahiran, Berilmu & Beretika

- Kemudahan Dermasiswa & Pinjaman
( RM33.1 Juta ) Untuk 43,696 Pelajar mendapat bantuan pelajaran tinggi bagi tahun 2009 hingga Mei 2012.

- Peluang Pekerjaan
17,000 peluang pekerjaan telah disediakan melalui Pusat Kerjaya Amanjaya ( PeKA )

- Tuisyen Percuma ( 2009 - 2011 )
66,311 Pelajar Sekolah mendapat tuisyen PERCUMA sejak Program Tuisyen Gemilang Yayasan Negeri Perak Dimulakan.

-  Industri di Negeri Perak : Program Pembangunan Keusahawanan Bumiputera
1,049 Peserta menyertai 17 program oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), 
41 ruang niaga baru diwujudkan untuk usahawan Bumiputera di Pekan Tengku Hussein, Taman Kledang & Bandar Meru Raya.
Program wakaf ekonomi usahawan PKNPk yang pertama telah dilaksanakan di Gugusan Manjoi yang dikendalikan secara bersama dengan Koperasi Pegawai-pegawai Masjid Negeri Perak.

- Bantuan Skim Biasiswa Kecil
( RM389,400 ) telah diberikan untuk 932 pelajar sekolah menengah dan rendah.

- Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan
( RM200 ) Diberikan untuk 3,337 bayi yang dilahirkan di Negeri Perak untuk simpanan pelajaran dimasukkan dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional.



KRA 3 Negeri & Kerajaan Nadi Pertumbuhan

- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
( RM847.282 Juta ) Pendapatan dicatatkan dari 2009-2011 hasil pelaburan dalam dan luar negeri kerana kecekapan pentadbiran.

- Pendekatan Inovasi Dalam Perkhidmatan
100% Pindahmilik tanah berjaya didaftarkan dalam tempoh 1 hari saja oleh PTG melalui " Kaunter Ekspress" dan "Kumpulan Kerja Pendaftaran" berbanding 6.9% pendaftaran sahaja pada tahun 2010.
65.9% telah berjaya didaftarkan dalam tempoh 2 jam bagi pendaftaran urusniaga berbanding 15.2% pendaftaran sahaja pada tahun 2010.

- Peruntukan Gerai Penjaja
( RM18.4 Juta ) Dibelanjakan untuk pembinaan premis penjaja/gerai/pusat pasar malam.
3,117 peniaga kecil dalam kawasan PBT dikalangan semua bangsa mendapat manfaat.

- Keberkesanan Unit Pusat Setempat (OSC)
98.1% Jumlah permohonan untuk kawalan pemajuan diselesaikan bagi tempoh 1 hingga 90 hari melalui OSC setiap tahun bagi tahun 2011.

-Kemudahan Gerai Dan Premis Penjaja
444 Gerai dan premis penjaja telah dibina
209 Tapak pasar malam disediakan sepanjang 2009-2011
3443 Lesen penjaja/gerai dikeluarkan
7678 Lesen pasar malam/hari yang dikeluarkan sepanjang 2009-2011



KRA 4 Jaringan Infrastruktur & Kemudahan Awam

- Kemudahan Jalur Lebar
53.1% isi rumah diliputi penetrasi jalur lebar

-Pembangunan Infrastruktur
( RM575.6 Juta ) Peruntukan pembangunan jalan dan jambatan dari tahun 2009 - 2011.

( RM35 Juta ) Peruntukan bagi baikpulih dan bina baru rumah ibadat dan sekolah agama rakyat ( 2010 - Mei 2012 )

500KM Jalan Kampung dibina dari 2009 hingga 2011 bagi membuka potensi pembangunan baru.

- Pemerkasaan Sistem Pengangkutan Awam Dalam Negeri Perak
Projek bagi memperkasakan perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Perak dimulakan dikawasan Manjung dengan menyediakan 18 buah bas membabitkan 7 laluan yang dijangka dapat memberi manfaat kepada penduduk Daerah Manjung.

Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM5 Juta dalam bajet 2012 Negeri Perak untuk memperluaskan pelaksanaan perkhidmatan bas berhenti-henti di 5 Daerah lagi iaitu Larut, Matang & Selama, Kuala Kangsar, Kerian, Hilir Perak dan Batang Padang.




 KRA 5 Angkatan Generasi Muda Yang Partisipatif &   Keharmonian Masyarakat
- Pembangunan Keusahawanan Belia
( RM1.13 Juta ) Disalurkan PKNPk untuk pinjaman dan geran untuk golongan belia menceburkan diri dalam bidang perniagaan, perkilangan dan perkhidmatan

108,845 Belia menjalani program perkhemahan Jati Diri Bangsa Negeri Perak termasuk 5 program rakan muda yang membantu meningkatkan jati diri golongan belia.

- Keselamatan Terjamin
22.39% Penurunan indeks jenayah dari tahun 2009 hingga 2011. Menjadikan Negeri Perak antara negeri paling selamat didiami. Bilangan kes pada 2009 sebanyak 12,554 berjaya dikurangkan kepada 9,869 kes pada tahun2011. 74 kepada 24 bilangan "hotspot" berjaya dikurangkan sehingga Disember 2011.

Ini dicapai melalui pendekatan :
( Mengadakan Community Policing )
( High Profile Policing )
( Rondaan berkonsep Stop, Walk and Talk SWAT )
( Rakan Cop )
( Rondaan MPV dan bermotosikal )
( Ronda Bit "Point-to-point" )
( Operasi bersepadu )



 KRA 6 Yayasan & Gagasan Sektor Swasta Yang Mampan
-Peningkatan Pelaburan
240% Kenaikan nilai pelaburan antara tahun 2009 sehingga 2011 melangkaui matlamat RM1.5 Bilion nilai pelaburan setahun.

( RM1.646 Bilion ) Pelaburan asing (FDI) direkodkan pada tahun 2010 ( peningkatan sebanyak 312% berbanding RM399.5 Juta pada tahun 2009 ).

67% Projek yang diluluskan merupakan projek pelaburan baru bagi tahun 2010 ( 33 projek baru daripada 49 projek keseluruhan )

- Pelancongan ( 2009 - 2011 )
 7.15 Juta pelancong telah berkunjung kenegeri Perak

- Pertanian
( RM259.7 Juta ) Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pertumbuhan Peladang Negeri ( Peningkatan 36.9% dari tahun 2009 hingga 2011 )




KRA 7 Amalan Mesra Alam & Kelestarian Sumber

- Kualiti Alam Sekitar
90% Sumber air di Negeri Perak adalah bersih dan selamat digunakan oleh rakyat.

Negeri Perak kekal sebagai negeri yang mempunyai kualiti udara terbaik dalam negara ( Indeks Pencemaran Udara Terendah ) pada paras 0 - 50 ( 93%) oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2009 hingga tahun 2011.

- Pengurusan Hutan Mapan
8,889 ekar Digazetkan sebagai kawasan perlindungan bagi penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan ekologi dari tahun 2009 hingga tahun 2011.

290,348 ekar (1.5 kali ganda saiz Negara Singapura )
Ditaman Negeri Royal Belum menyimpan 1001 khazanah flora & fauna yang mengandungi lebih 3000 spesis flora berumur 130 juta tahun ( lebih tua daripada kewujudan hutan amazon) menjadikan tempat yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti di Negeri Perak.


Pssssttt... AKjr ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada MB kita serta barisan kepimpinan kerajaan Negeri Perak yang telah berjaya menjalankan tanggungjawab dengan amat baik sekali. Dengan Motto "TIADA TERTINGGAL TIADA TERPINGGIR" InsyaAllah PRU-13 yang akan datang rakyat pasti akan memilih kembali barisan kepimpinan BN untuk menerajui kembali kerajaan Negeri Perak D.R


Tiada ulasan:

Catat Ulasan