PANAS TERIK!! Politik bomoh: PAS Guna bomoh tanda tidak yakin..
RAUB - Sikap sesetengah pemimpin politik yang cenderung menggunakan khidmat bomoh terutama semasa pilihan raya dianggap sebagai tidak yakin dengan diri sendiri.
Ketua Umno Cawangan Lembah Klau 2, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, tidak perlu pemimpin politik bertindak demikian semata-mata mahu menjadi calon pilihan raya nanti.
Menurutnya, urusan pemilihan calon perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan dan berdoa demi mendapat ketentuan ALLAH SWT agar keputusan berpihak kepada mereka.
“Sebagai pemimpin beragama Islam, sudah tentu tahu meminta tolong kepada selain ALLAH adalah perbuatan menyekutukanNYA dan hukumnya syirik.
“Kejadian pemimpin ditipu bomoh sebelum ini seharusnya menjadi pengajaran,” katanya, semalam.
Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) berkata, bomoh tidak berusaha sendiri memberi jaminan agar pemimpin terbabit dicalonkan atau menang pilihan raya, sebaliknya menggunakan khidmat makhluk halus.
Katanya, semua perbuatan sebegitu belum pasti lagi menentukan kehebatan atau kepandaian bomoh.
“Sekiranya benar bomoh itu hebat, lebih baik mereka calonkan diri mereka sendiri dan pastikan mereka menang pilihan raya, bukannya memberi peluang kepada pemimpin yang menjadi pelanggan mereka,” katanya dengan nada sinis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan