INFO AKjr : [WANTED]Polis edar 14 foto peserta boleh bantu siasatan Himpunan #KL112
KUALA LUMPUR - Polis mengedarkan 14 keping gambar peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR KL 112) yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam pelanggaran syarat oleh pengajur perhimpunan pada 12 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, syarat yang dipercayai dilanggar penganjur itu adalah peserta membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun bersama menyertai perhimpunan.
"Orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang gambarnya disiarkan dan sedang dikesan itu, boleh hubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Asisten Superitendent Tonny Lunggan ditalian 014-6225262 atau pejabat 03-90516222
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan