SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 22 Februari 2013

Ayuh... Lupakan persengketaan, hulurkan salam kemaafan DAN RAPATKAN BARISAN.......

Ayuh... Lupakan persengketaan, hulurkan salam kemaafan DAN RAPATKAN BARISAN.......



Pilihanraya semakin hampir. Hanya beberapa hari, minggu ataupun bulan sahaja lagi. Dato Sri presiden terus terusan menjelajah ke seluruh negara. Tidak ketinggalan juga Dato Sri Menteri Besar Perak yang tiada mengenal letih dan jemu, terus terusan mendekati rakyat.
Barisan Blogger blogger upahan dan sukarelawan umno juga tidak ketinggalan menjalankan tanggungjawab menepis setiap tohmahan pembangkang. Tanggungjawab ini terbeban di bahu setiap warganegara yang mahukan keamanan dan pastinya pilihan mereka ialah Barisan Nasional.

Barisan Nasional sudah lama memerintah. Setiap kelemahan sedikit demi sedikit di perbaiki di bawah pimpinan Dato Sri Najib. Dato Sri Najib telah melayan setiap permintaan rakyat. Dato Sri juga bersikap terbuka dan menganggap pembangkang juga adalah rakyat malaysia yang perlu di layan permintaan mereka. Sebagai pemimpin yang berjiwa besar beliau tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melayani kerenah pembangkang yang pelbagai itu.

Namun sikap keterbukaan itu telah di ambil kesempatan oleh pemimpin pembangkang yang merasakan ini adalah peluang terbaik mereka untuk merampas kuasa.

Satu demi satu kesabaran Perdana Menteri Malaysia di uji. Mungkin apabila sudah sampai ke peringkat yang meruntuhkan negara barulah pihak pembangkang akan menyedari bahawa selama ini Perdana Menteri menyayangi mereka sebagai rakyat. Adakah dengan mengikut setiap permintaan mereka, malaysia akan dijamin dari sikap rakus ketua pembangkang?

Bagi penyokong umno, sikap keterbukaan Perdana Menteri agak menyulitkan keaadan mereka yang sudah lama selesa. Transformasi yang dianjurkan oleh Perdana Menteri adalah untuk negara. Setiap rakyat berhak menikmati kemakmuran negara.

Penyokong dan ahli umno perlu menjiwai saranan Perdana Menteri ini. Hanya dengan penghayatan yang ikhlas sahaja mampu menjadikan negara ini aman dan makmur. Sikap sebahagian pemimpin bawahan yang masih di bantal angan angan agak menyulitkan kesungguhan Perdana Menteri.

Masih lagi terdapat sikap sambil lewa yang menjadikan rakyat berasa tidak yakin akan transformasi yang di war warkan oleh Pemimpin ulung umno itu. Mungkin penjajahan selama sebelas bulan di perak tidak mampu menyedarkan pemimpin kecil umno. Pemimpin kecil umno masih lagi bersantai santai dengan jawatan kecil mereka. Mereka masih berasa selesa dengan penyokong kecil mereka. Kesungguhan untuk menggerakkan jentera di peringkat cawangan dianggap sebagai bebanan.

Persengketaan sesama ahli di biarkan dan dianggap satu strategi hebat yang di pelajari dari buku penjajah iaitu Pecah dan Perintah. Ilmu Art of War dijadikan bahan bualan hanya untuk menunjuk pandai dan bukannya dijadikan strategi bagi menghadapi peperangan.

Mereka lupa bahawa jeneral yang hebat tetap memerlukan tentera yang hebat bagi memenangi peperangan. Barisan kini perlu dirapatkan, kasih sayang perlu disemaikan, walaupun petunjuk sudah diberi namun kealpaan tetap juga terjadi. Ahli ahli seramai 3 juta orang perlu digerakkan mengikut satu fikir dan satu tindakan. Ahli ahli yang jauh perlu didekatkan manakala yang dekat perlu dirapatkan. Apabila muazin mekumandangkan panggilan maka imam sudah berada didepan bersama makmum yang memenuhi saf saf perjuangan.

Ayuh... Lupakan persengketaan, hulurkan salam kemaafan DAN RAPATKAN BARISAN.......

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan