SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 23 Julai 2013

PANAS TERIK!! 17 Rahsia Che Long Terbongkar??? #KualaBesut #PRKKualaBesut

PANAS TERIK!! 17 Rahsia Che Long Terbongkar??? #KualaBesut #PRKKualaBesut



Che Long! Che Long! Sungguh tidak disangka begitu banyak rahsia yang disembunyikan oleh calon "WINCABLE CANDIDATE" Pas ini daripada pengetahuan pengundi DUN Kuala Besut juga kepada ahli Pas sendiri yang mungkin tidak mengetahui rahsia ini. Siapa sangka calon kontraktor Pas yang hanya berpendidikan SPM ini mempunyai 1001 rahsia yang disembunyikan dalam kempen beliau. Entah apa lagi rahsia yang disembunyikan Che Long ni daripada pengetahuan umum.

KN akhirnya berjaya mengorek 17 RAHSIA penting mengenai calon hamPas ini yang jelas membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi wakil rakyat untuk pengundi dan penduduk Kuala Besut. Inikah ciri kononnya pemimpin Islam Pas sedangkan Che Long bukanlah ahli Pas yang sejati atau benar-benar berjiwa Pas kerana beliau asalnya adalah ahli UMNO yang kecewa apabila tidak memperolehi "Job" dari UMNO. Che Long yang minat berniaga telah melihat itulah peluang terbaik beliau untuk menjadi kaya-raya dan hanya masuk Pas kerana melihat peluang perniagaan yang luas di bumi Kelantan yang hampir dengan Kuala Besut. Lihatlah betapa besarnya kilang papan milik beliau di Kelantan.

Lihatlah di bawah ini KN telah senaraikan 17 Rahsia siapa Che Long sebenarnya... 
1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :
a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd

2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli Umno di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di Dun Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong Pas di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah mengcantas YB Ustaz Satiful Bahri yang di war-warkan bakal mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari Pas pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan. Dikatakan jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.

8) Ura- ura dikatakan kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon. 

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

Baca Selanjutnya DISINI

Kredit Kepada Sahabat K_N

Tiada ulasan:

Catat Ulasan